Kita semua sudah sedia maklum dengan kontroversi yang melibatkan pelakon wanita, Emma Maembong dengan Kamal Adli yang kini sudah putus dalam hubungan percintaan mereka.

Kenyataan putus itu, diberitahu sendiri oleh Emma kepada satu sumber menerusi satu video temubual bersamanya tempoh hari.

Terbaru, ada desas desus yang mendakwa Emma kini sudah mempunyai teman lelaki baru iaitu seorang ahli perniagaan dan mempunyai gelaran ‘Datuk’. Benarkah Emma sudah ada teman lelaki baru?

Menerusi Mstar Online, lelaki yang didakwa sebagai teman lelaki Emma, Datuk Salim Rahman tampil memberi penjelasan tentang dakwaan tersebut.

Ads

“Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti “family friend” dan mengenali dia daripada abang iparnya.

 

“Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa,” ujarnya.

Salim juga berkata, dia tidak pernah keluar berdua dengan Emma sebaliknya mereka keluar beramai-ramai.

Dalam pada itu, Salim juga turut menjelaskan tentang foto dirinya dan Emma yang dikongsi oleh pelakon itu ketika di karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah pada awal bulan Oktober yang lalu.

Ads

“Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga,” ujarnya.

Penjelasan sudahpun diberi oleh Salim tentang dakwaan tersebut. Jadi diharap tiada spekulasi tidak sahih yang timbul selepas ini.

Ads

Terdahulu, hubungan Emma dan Kamal goyah dikatakan kerana adaya orang ketiga iaitu Zahirah Macwilson.

Namun begitu Zahirah tampil menafikan bahawa dirinya punca kepada keretakan hubungan Emma dan Kamal.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI