“Emosi & Perasaan Aku Tak Penting Pun, Aku Cuma Minta…,” – Azhan Rani

Share

Pelakon, Azhan Rani terkilan dengan tajuk berita yang menggunakan perkataan ‘dibelasah’ dalam laporan berhubung insiden tidak sengaja yang terjadi melibatkan aktres, Fasha Sanda, minggu lalu.

Meskipun belum memberikan sebarang kenyataan, Azhan memaklumkan perasaannya ketika ini tidak penting.

Katanya lagi, keutamaannya ketika ini adalah untuk memastikan gandingannya itu kembali sihat seperti sedia kala.

“Dah headline tulis gitu aku nak cakap apa lagi. Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ni emosi aku, hati aku perasaan aku tak penting pun.

“Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu. Yang dah jadi telah pun jadi,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Azhan menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Azhan mahu memberi laluan kepada Fasha untuk memberikan kenyataan terlebih dahulu sebelum dia memberikannya sebarang pejelasan.

“Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi korang pada aku kalau itu boleh melegakan korang tapi mohon sama-sama mendoakan untuk @fashasandha agar dia cepat sembuh.

“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dulu. berilah ruang pada dia untuk dapat rawatan terbaik terlebih dulu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama Azhan.

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.

Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.

Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani

Published by
Aizam Manaf