Bakal bersalin tidak lama lagi, pelakon Mia Ahmad menyifatkan anak pertamanya, Sayf Isaa bakal berbagi kasih dengan adik yang bakal lahir.

Menitipkan rasa sayang buat permata hati, Mia menjelaskan ‘hero’ kesayangannya itu akan kekal yang pertama walau apa yang berlaku.

IKLAN

“Mommy emotional sikit mlm ni sebab tadi siang pergi check up. Lepas ni berbagi kasih la ya dgn adik?

“I love you so much @sayf.issa, you are my number 1 no matter what. Merata dah mommy heret awak, my travel buddy.

IKLAN

“Anak yang baik, tak banyak ragam. Terima Kasih ya Raab buat anugerah ini,” titipnya menerusi entri terkini di Instagram.

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi dan Sayf Issa dilahirkan pada September 2018 lalu.

IKLAN

Difahamkan, usia kandungan pelakon Hati Perempuan ini sudah pun mencecah 37 minggu.

Foto: Instagram Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI