Akhirnya, penyanyi dan pencipta lagu Awi Rafael mengesahkan dia harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadualkan bakal berlangsung pada Ahad.
Menerusi entri di Instagram, Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian selain tidak mahu buka aib sesiapa.
Berikut teks yang ditulis Awi menerusi posting terkininya di Instagram;
Ads
“Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. –
“Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. –
Ads
“Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage.
Ads
“Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah,” tulisnya panjang lebar.
https://www.instagram.com/p/Bu-PgfhgW-S/
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nabil Mahir kini lebih terbuka dan tidak menolak andai mendapat tawaran lakonan bersesuaian selepas ini apabila mengakui dirinya kini sudah pun bersedia untuk bergelar pelakon secara serius.
Terdahulu, bintang yang sebelum ini sinonim sebagai pengacara selain terlibat dalam dunia perniagaan keluarga menambah, keinginannya untuk terjun dalam lakonan kian positif selepas mendapat keizinan bapa.
“Jujurnya, saya baru sahaja dapat lampu hijau dari keluarga untuk berlakon. Sebelum ini keluarga terutamanya bapa tidak berapa galakkan untuk saya berlakon. Saya pun tidak tahu mengapa bila mana bapa sudah berikan keizinannya.
“Baru-baru ini, dia ada bagi kebenaran. Katanya kalau saya nak cuba untuk berlakon, sekarang di beri kebenaran. Saya rasa berterima kasih dan terharulah atas keizinannya itu.
“Saya pernah berlakon cuma tidaklah terlalu serius dalam lakonan. InsyaAllah saya sudah bersedia mental dan fizikal andai ada tawaran selepas ini,” katanya kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, bintang yang yang pernah bergelar hos program hLive! ini ditemui pada majlis sidang media jalinan kerjasama di antara Digital Content Connection (DCC) dan ACE Pictures di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Foto: Instagram Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
Mahu Kongsi Semangat Jatuh Bangun ‘Anak Seni’ Wanita Di Malaysia
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Dapat Dorongan Dan Sokongan Penuh Suami & Mentor Nyanyian!
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Respon Positif Dari Warganet Buat Nana Teruja!
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!