Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar.
Jika diamati bait lirik Sedar Ku bukan sahaja memberikan nasihat tetapi dalam masa yang sama mendekatkan diri dengan Tuhan seperti mana yang dituntut oleh-Nya.
Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, mesej yang dititipkan melalui lagu tersebut bukan sahaja membawa mereka terkenangkan kembali perjalanan hidup yang telah dilalui tetapi juga membuatkan sesiapa sahaja mahu menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza dan apa yang dilalui juga tidak sama antara satu sama lain. Apabila membaca dan ‘menghadam’ sendiri kisah yang ditulis melalui lagu ini, membuatkan saya terfikir banyak perkara.
“Apa yang telah kita buat selama ini? Adakah cukup amalan dan kebaikan kita? Semua ini bermain di fikiran dan membuatkan saya perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq yang popular dengan lagu Lenggang.
Baginya juga, lirik yang ditulis oleh Iman Imran dan Killa Driz itu begitu menusuk hatinya dan pendapat itu turut dipersetujui oleh Syahmi Irfan yang menganggap Sedar Ku sebagai sebuah karya yang membawa sesiapa sahaja berfikir sejenak dengan perjalanan hidup sendiri.
Ditambah dengan kehadiran bulan Ramadan yang baru sahaja menjelma, lagu itu bagaikan memberikan kesedaran tetapi dalam masa yang sama ‘menyucikan’ jiwa untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan.
Ads
“Kita mungkin terlalu sibuk mengejar banyak perkara tetapi dalam masa yang sama terlupa dengan kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Jadi dengan adanya ‘ingatan’ melalui lirik sebegini, ia dapat memberikan kesedaran kepada semua.
“Saya gembira dapat bersama-sama rakan yang lain menyanyikan lagu ini. Ini memang satu penghormatan besar untuk penyanyi baru seperti kami,” kata Syahmi yang pernah merakamkan lagu Mungkir bersama Aufahanie sebelum ini.
Sementara itu, Sedar Ku mengisahkan tentang nafsu, amarah dan noda yang biasanya bersembunyi di sebalik perkataan cinta. Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup padahal kita perlu meletakkan cinta kepada Yang Maha Esa di hadapan berbading dengan perkara lain.
Ads
Lagu yang berentak balada diciptakan oleh Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu di semua platform digital dan boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.
Hakikat itu turut diakui oleh Aliff Iskandar yang popular dengan lagu Perit. Jelasnya, kehadiran bulan yang penuh dengan rahmat ini bukan sahaja perlu disyukuri oleh semua umat Islam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan perkara yang kurang baik.
“Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain memandangkan hidup ini terlalu singkat untuk terus berbuat dosa. Ingatan itu bukan sahaja melalui nasihat atau ceramah semata-mata sebaliknya boleh melalui apa sahaja medium termasuk lagu dan sebagainya.
“Sedarku banyak menitipkan nasihat dan ingatan. Ini sedikit sebanyak membuakan sesiapa sahaja terfikir dengan mesej yang disampaikan. Saya berharap semua yang mendengar dapat mengambil sesuatu daripada lirik yang hendak disampaikan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.
Ads
Manakala bagi Killa Driz pula, dia beruntung kerana dapat berganding bahu bersama dengan Iman Imran menghasilkan lirik untuk rap untuk lagu ini. Segalanya dicerna dengan mudah memandangkan asas utama lirik ini sudah dibuat terlebih dahulu oleh penulis berpengalam itu.
“Semua orang melakukan dosa dan semua orang juga akan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Jadi berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya tulis lirik dalam lagu ini.
“Harapnya semua orang dapat menerima mesej yang sama mahu berikan,” kata Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu dan Kene Sidai.
Menariknya juga, Sedar Ku turut terpilih sebagai runut bunyi drama Bila Syaitan Berbisik yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 12 April lalu pukul 11 malam di Astro Ria.
https://www.youtube.com/watch?v=8FZPJR9Jd8M
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, doktor viral Dr Shazril Shaharuddin ada menitipkan dedikasi istimewa buat insan bergelar guru.
Menyifatkan sekolah harian juga tidak kurang hebatnya berbanding sekolah asrama asalkan punya azam, Say turut bertuah kerana mempunyai guru yang cukup komited.
Luahan serta dedikasi tersebut dikongsikannya menerusi Instagram.
“Sy sekolah harian drpd Form 1 smpi Form 3 dulu. Ade peluang tuk pegi asrama mase form 1 tp parents sy sayang sgt kt sy (memandangkan sy ja anak laki, bongsu plak tu) maka mrk xbagi sy pi asrama.
“Masa tu sy jeles gak ngn kwn2 yg dpt pi asrama cz dlm kpala sy fikir, mesti yg sekolah asrama lg berjaya dari sy yg sekolah harian,” tulisnya.
Bagaimanapun nyata apa yang dirasakannya itu sebenarnya meleset.
“But i was wrong. It does not matter where u graduated from, yg penting ur willingness to succeed in life is what matters most. But at d same time i was lucky enough to hav teachers dat r passionate & dedicated yg sanggup buat extra class bile nk dekat major exams.
“Maka dlm kesempatan ni, sekiranya korg ade cikgu yg baaanyak berjasa kpd korg, calonkanlah cikgu tu tuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kt https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi sebelum 31Mac2019. Link ade kt bio sy ye!
“Selain drpd mendoakan kesejahteraan mrk atas segala ilmu yg mrk dh curahkan kt kite, ape kata kite suprisekan cikgu kesayangan kite dgn hadiah ye dak? So tnggu ape lg, mai calon cepat peeps!” kongsinya sambil disusuli dengan tanda palang #terimakasihcikgu
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein ada berkongsi cerita mengenai perihal anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini sedang mengikuti pembelajaran di rumah (PdPR).
Pengacara rancangan Sumbang Suara ini berkongsi, rutin pengajian anaknya itu berjalan dalam kedaaan yang baik.
Malah sebagai ibu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina memberitahu, dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik untuk Sephia demi masa depan sempurna.
“Manja dah excited nak mula her 1st day personal online class 12.30tgh – 130pm Every Monday till Friday.
“sentiasa nak bg yg terbaik utk anak, demi masa depan mereka. InsyAllah Atok papa mama cuba bg yg terbaik Salam Jauh diPerantauan .. dgn Ucapan, awk da mkn be blum? #5yearsold,” tulisnya.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan mengadakan konsert jelajahnya yang diberi nama ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ dengan kerjasama Shiraz Project Sdn Bhd.
Ini dia antara informasi mengenai konsert istimewa dari penyanyi kesayangan ramai ini buat para peminatnya!
1. Difahamkan setakat ini, penganjur hanya mengumumkan 3 tempat yang terlibat iaitu Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura.
2. DS Siti Nurhaliza menerusi entri di laman Instagramnya, ada memaklumkan jualan tiket bermula 26 Disember ini.
3. Manakala harga tiket boleh didapati serendah harga RM105. Ini dia butiran harga tiketnya; Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze).
4. DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR, dengan kerjasama oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan menjadi siri jelajah berterusan selama 2 tahun.
5. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com.
Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang tak sabar untuk mendapatkan tiket-tiket konsert bersebut.
Kali terakhir Siti terlibat mengadakan konsert skala besar ialah pada April 2016 lalu, bersama Celcom dan Yonder Music iaitu Dato’ Siti Nurhaliza & Friend Concert di Stadium Negara.
Foto/Instagram: Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.