“Empat Tahun Berdoa & Menunggu Dengan Penuh Kesabaran,” – Syukur Alhamdulillah, Pereka Fesyen Ruzaini Jamil Umum Isteri Kini Hamil 4 Bulan

Share

Pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta, Hidayati Yahya kini sedang hamil empat bulan.

Perkara tersebut dikongsikannya menerusi entri terkini di Instagram.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Ruzaini turut mendedahkan penantian mereka yang diiringi doa dan kesabaran selama empat tahun dalam menantikan rezeki zuriat akhirnya dimakbulkan Yang Maha Esa.

“Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.

“4tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan2 dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan 4bulan yang lalu.

“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.

“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.

“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.

“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama. in shaa Allah,” tulisnya.

Malah, ucapan tahniah serta dedikasi turut disampaikan rakan niaga yang juga sahabat baiknya, Rizman Nordin.

Rizman menerusi satu hantaran di platform sama turut menyifatkan perancangan dariNya begitu indah.

Published by
MH