Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyerahkan segala penjelasan berhubungan keputusannya yang enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertama yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana kepada peguam syarienya, Mohd Azmi Rais.
Menurut Syamsul, buat masa ini, dia hanya mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Kita ikut sahaja prosedur mahkamah,” katanya ringkas.
Menurut Mohd Azri, antara sebab mengapa Syamsul enggan melafazkan cerai adalah kerana keengganan Puteri Sarah untuk menarik balik tuntutan saman terhadap keluarga Ira Kazar.
Selain itu, permohonan untuk mengurangkan jumlah nafkah bagi dua anak mereka daripada pihak Syamsul juga tidak mendapat persetujuan Puteri Sarah.
Katanya lagi, Puteri Sarah meminda beberapa terma dalam draf persetujuan yang dicapai sebelum ini menerusi satu pertemuan diantara kedua belah pihak.
“Apabila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya Puteri Sarah masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.
Ads
“Puteri Sarah juga meminta jumlah mutaah tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh Syamsul. Bagaimanapun, kami ada mencadangkan beberapa terma lain, tetapi tidak dipersetujui.
“Jadi, dari segi penyelesaian tidak ada dan itu adalah punca kenapa kes ini masih berlanjutan,” katanya ditemui selepas prosiding cerai pasangan itu di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Pada prosiding terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini dijangka bakal berakhir apabila Syamsul setuju melafazkan talak terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di mahkamah sama pada 10 April lalu.
Ads
Mahkmah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.
Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Ads
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Proses JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon dan usahawan, Que Haidar ada berkongsi foto bahagian kening salah seorang anak perempuannya, Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra disapa Cleo yang tercalar.
Difahamkan, kecederaan ringan itu berlaku dalam insiden yang tidak disengajakan di sekolah.
“Kawan kat sekolah tak sengaja tutup pintu masa Cleo nak keluar so terhempas kat Cleo.. balik2 ngadu dgn daddy.. takpe tak sengajakan,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Lalu, posting berkenaan terus mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji sikap Que sabar dan tak cepat melatah.
Malah pada masa sama, ramai juga yang memuji Cleo yang dikatakan mempunyai sepasang mata yang cantik.
Penari profesional, Alam Wakaka mengakui berasa sangat gementar dan berdebar untuk menjalankan tanggungjawab membaca khutbah solat sunat Aidil Adha buat kali pertama setelah bergelar suami kepada isterinya, Nurul Alisya Najwa.
Meski begitu, Alam atau nama sebenarnya Muhammad Haslam Abdul Rahman tetap memberanikan untuk melakukan perkara tersebut dengan demi tanggungjawab barunya sebagai ketua keluarga.
“Harini first time baca khutbah untuk raya aidil adha MENGIGIL, tapi kena berani menjadi seorang ketua keluarga . Doakan hubungan kami ke syurga . Inshaallah aminnn,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan mahligai cinta Alam dan isteri kekal harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.
“Comel kamu berdua, moga kekal bahagia sentiasa sampai syurga bersama…,” tulis peminat.
“Amin ofcoz you boleh, sbb you pun ajar i byk benda bagus salam aidiladha both,” puji seorang peminat.
“Assalamualaikum alam Wakaka sekeluarga semoga sihat tubuh badan murah rezeki amin selamat hari raya Aidiladha dari Angahkhai subang jaya.. semoga hubungan alam isteri bahagia hingga ke akhir hayat ke ank cucu..,” titip seorang peminat yang lain.
Sekadar informasi, Alam telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Alisya Najwa pada 7 Mac lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Alam Wakaka
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres terkenal, Fasha Sandha berkongsi pengalaman yang dialaminya ketika menaiki sebuah penerbangan sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya pada 30 Mac lalu.
Menurut Fasha, niatnya bukanlah untuk memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya ingin menjadikan insiden tersebut sebagai satu teguran agar mutu perkhidmatan dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Tetap Menghormati
Meskipun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata ini tetap menghormati dan memandang tinggi kerjaya pramugari, malah mengakui profesion itu pernah menjadi cita-citanya suatu ketika dahulu.
“Kenangan yang saya tak akan lupa. Namun saya sudah memaafkan, tapi untuk melupakan itu belum,” katanya.
Fasha pada masa sama turut memaklumkan, suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz turut terkejut dengan situasi yang mereka alami.
Bagaimapun Fasha menyifatkan hal yang berlaku sudah pun selesai dan memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai hal yang berkaitan.
Ikuti temu bual penuhnya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!