Bekas suami kepada penyanyi, Lufya Omar iaitu Dr. Che Hafiz ada menitipkan ucapan istimewa bersempena hari lahir anaknya, Laana Haura yang ke tiga tahun baru-baru ini.
Menurut Che Hafiz, dia tidak mahu mengambil peduli mengenai tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya kerana menyifatkan hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya dia terhdap anak perempuannya itu.
“Happy birthday my love! Tak kisah lah apa orang nak kata pun janji daddy sentiasa ingat dekat Haura dan Allah tahu keihklasan hati daddy macam mana,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsinya lagi, segala kejayaan yang diraihnya ketika ini didedikasikan buat anaknya dan sebagai bapa, dia sentiasa mahukan yang terbaik.
“Apa-pun daddy sentiasa doakan yang baik2 je buat Haura. Setiap apa sahaja kejayaan yang daddy capai ini semuanya adalah untuk Haura selain untuk ibu bapa daddy.
“Sejak lahirnya kamu ke dunia ini sebenarnya telah membuatkan daddy tiada alasan lagi untuk berputus asa daripada terus berjuang dalam hidup ni sampai ke penghujungnya.
“Akhir sekali hadiah daddy beli ni daddy simpan dulu nanti time jumpa daddy kasi ok. Muah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya itu.
Terdahulu, Dr. Che Hafiz dan Lufya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 November 2016 namun memutuskan untuk bercerai pada 17 Jun lalu.
Sumber: Instagram Dr. Che Hafiz