
Dalam perjalanan menuju pejabat hari ini, MH selalunya akan mendengar celoteh deejay radio stesen berbahasa Inggeris.
Seronok dengar perbualan dan pilihan lagu mereka. Namun tiba-tiba terdengar ayat yang tidak sedap didengar.
“Engkau ni bodohlah bro”, katanya sambil ketawa.
MH fikirkan mungkin terlepas cakap, namun dia mengulang lagi ayat tersebut dan ketawa bersama pasangan deejaynya.
Sepatutnya ayat-ayat berbentuk carutan begitu harus ditapis lebih-lebih lagi apabila ianya disiarkan secara langsung di stesen radio.
Jadilah deejay yang beretika, jangan main hentam cakap sahaja. Selebriti ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Pagi-pagi dah sakit jantung dengar ayat ‘bodoh’ keluar daripada radio. Aduhai!!!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Satu Sen Kau Bagi Dekat Aku…,” – Undi Azmin? Azwan Ali Tegaskan Ikatan Adik Beradik Bukan Faktor Pilih Pemimpin

Pengacara sesasi, Azwan Ali seakan memberikan bayangan tentang calon pemimpin yang diundinya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut bertanding di kawasan berkenaan.
Memetik laporan video yang dikongsikan portal berita, Malaysiakini, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA memaklumkan hubungan adik beradik tidak sesekali mempengaruhi undiannya sebaliknya, dia mahu memilih pemimpin yang boleh melaksanakan kerja dengan baik.
Selebriti Azwan Ali dilihat menunggu di luar pusat mengundi SK Klang Gate, di mana abangnya Azmin Ali akan membuang undi. Ditanya siapa pilihannya, Azwan memberi bayangan bukan Azmin pilihannya.https://t.co/T4tbCdsW2n#AzwanAli #DivaAA #AzminAli #PRN #PN #PH #BN pic.twitter.com/6aHDBmRsmz
— Malaysiakini (BM) (@mkini_bm) August 12, 2023
“Bercakap mengenai siapa yang akan saya undi? Anda rasa siapa? Jawapan saya senang sahaja. Bukan darah daging yang jadi percaturan.
“Walaupun saya sudah berpuluh kali memberikan kenyataan untuk berbaik dengan dia, tapi dia tak endah pun. Lu siapa? Konsep dia. Jadi, saya ajar balik la,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Azwan lagi, abangnya itu juga dikatakan tidak melakukan sebarang perubahan sewaktu memegang jawatan selaku Menteri Besar Selangor satu ketika dahulu.
“Tiada istilah undi adik beradik. Tiada isu di sini. Isunya sekarang adalah kita mahu memilih pemimpin yang berkebolehan. Bila kita tengok seseorang itu, kita tahu dia boleh memimpin terutamanya DUN Hulu Klang yang vass ini.
“Sendiri kena ingatlah saya pilih siapa. Kita tak nak pilih pemimpin yang dahulunya punya jawatan tapi tak tahu apa yang dia buat. Ada satu sen kau bagi dekat aku masa kau jadi menteri besar?,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Azwan difahamkan merupakan pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate pagi tadi.
Sekadar info, kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor dari Perikatan Nasional (PN) dengan dengan ‘anak didiknya’, Juwairiya Zulkifli mewakili Pakatan Harapan (PH).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Video: Twitter MalaysiaKini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Tular, ‘Otak Bisnes’ Pengasas Bulan Bintang Tampilkan Koleksi Nikah Buat Bakal Pengantin Pula

Selepas jenamanya tular setiap kali musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi optimis menampilkan 20 koleksi nikah ‘ready-to-wear’ (RTW) buat pertama kalinya.
Rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik itu pasti menjadi berita baik bakal mempelai.
Lebih tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama ini kini mengorak langkah maju.
“Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka.
“Ini kerana kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif bakal memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati,” katanya.
Malah sempena pelancaran koleksi nikah ini juga, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan ‘giveaway’ di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost.
‘’Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi. Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin,” katanya lagi.
Pihaknya pada masa sama berharap setiap rekaan yang bakal dimenangi akan membawa keterujaan dan membawa makna berharga buat setiap bakal pengantin.
Terdahulu awal tahun ini, jenama tersebut menjadi buah mulut pengguna Twitter apabila ia jenama pakaian lokal pertama memaparkan video animasi 3D pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya selaku duta jenama itu di papan iklan berhadapan KLCC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Mahu Tular Sekejap, Tapi Tak Boleh Nyanyi Dan Terus Hilang,” – 36 Tahun Dalam Seni, Ini Ulas Ramlah Ram Soal Bintang Pelapis

Penyanyi Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi baru biarlah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi, meski citarasa peminat berbeza.
Menurut Ramlah, 56, penyanyi yang bagus mempunyai peluang lebih besar untuk kekal bertahan dan bukan hanya bermusim.
Bintang yang sudah 36 tahun terlibat dalam seni itu menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang kini memeriahkan dunia seni lokal, tapi didakwa tidak berbakat dari segi nyanyian.
“Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.
“Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.
“Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang,” katanya.
Ramlah berkata demikian pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media yang dilangsungkan secara virtual, akhir Jun lalu.
Sekadar menyebut beberapa nama, dia turut kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.
“Penyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.
“Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, single Aku Ubatinya lagi yang bergenre balada itu pertama kali menyaksikan kerjasamanya dengan komposer terkenal, Ajai sementara gubahan muzik pula dari sentuhan komposer, Sharon Paul.
Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI