MH terkejut dengan perkongsian suami kepada pelakon Indonesia Laudya Cyntha Bella, iaitu Engku Emran yang dikatakan tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat penerbangan popular di Malaysia.
Melalui posting yang dikongsikan olehnya beberapa hari yang lalu, Engku Emran bersama anak dan isterinya telah ke Langkawi untukmengikuti kejuaraan IRONMAN 70.3.
Namun, ketika di lapangan terbang KLIA berlaku sedikit salah faham apabila Engku Emran tidak dibenarkan untuk membawa basikalnya ke dalam pesawat.
Nasib ini bukan sahaja menimpa dirinya, sebaliknya penumpang yang lain turut mengalami nasib yang sama.
Kecewa dengan sistem pentadbiran serta sikap petugas penerbangan tersebut,Emran telah meluahkan kekecewaan dan kemarahannya melalui akaun media sosialnya kerana tidak diberitahu dengan jelas tentang syarat chek in barang-barang ke dalam pesawat.
“M** yang dihormati, di sini ada beberapa orang yang beratur untuk melaporkan sekiranya bagasi mereka tidak dibawa dalam penerbangan M*1***.”
“Saya faham masalah anda tapi tolong beritahu kepada penumpang sebelum mereka naik pesawat. Saya yakin anda tahu situasi ini sebelum kami berangkat. Jangan menyusahkan orang.” Ujarnya kecewa
Bagaimanapun, syukur semuanya terkawal dan basikal tersebut sudah pun selamat sampai pada tuan punya badan.
Gembira dan berpuas hati akhirnya Emran telah memuat naik sebuah video mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan tersebut kerana selamat membawa bagasinya terbang terus ke Langkawi.
Apapun MH suka tengok keakraban antara Bella dan Aleesya. Aleesya sepanjang berada di perlumbaan tersebut. Mereka berdua nampak begitu selesa bersama.
Jom MH kongsikan beberapa lagi foto mereka.