Susulan kenyataan pelakon Aeril Zafrel yang mahu menjual kenderaan mewah, Lamborghini Aventador miliknya, terdapat dakwaan daripada seorang netizen mengatakan kereta tersebut hanya merupakan sewaaan semata-mata demi ‘content’ media sosial.
Menerusi laman Instagramnya, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, berkongsikan mesej (DM) yang diterima daripada seorang individu yang mendakwanya menipu tentang status sebenar kenderaan mewah berharga RM2.27 juta itu.
“Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal itu, itu menipu namanya.
“Bagi tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, InsyaAllah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.
“Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu demi content?” tulis individu berkenaan.
Ads
Aeril kemudiannya hanya membalas ringkas menerusi kapsyen dalam posting tersebut: “Entahlah, apa untungnya aku nak menipu.”
Bapa kepada empat cahaya mata itu merancang untuk menjual kenderaan berwarna kuning tersebut selepas sebulan dihadiahkan oleh isterinya, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.
Menurut Aeril, dia hanya mahu merasai pengalaman memandu Lamborghini Aventador dan setakat ini berpuas hati apabila sudah dapat melalui momen tersebut.
Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, pada 2013.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri yang kini berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, satu rakaman video yang merakamkan gelagat trio penyampai radio Hot FM, iaitu Mark Adam, Fizie dan Riena Diana telah dimuat naik di akaun rasmi Instagram stesen radio tersebut.
Rakaman video tersebut dikongsi bagi mempromosikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) yang dikendalikan oleh ketiga-tiga penyampai radio berkenaan.
Dalam pada itu, imej Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal telah mencuri perhatian kerana dia mengenakan hijab menerusi rakaman video yang berdurasi 14 saat itu.
Lalu, penampilan pelakon drama bersiri Kampung People itu telah menjadi tanda tanya kepada peminat.
Pada masa yang, rata-rata peminat memuji penampilan Riena itu yang nyata tampak cantik dan sopan.
“Riena dah start pakai tudung eh? Alhamdulillah,” tanya seorang peminat di ruangan komen.
“Cantiknya Riena pakai tudung,” puji seorang warganet.
“Syukur Alhamdulillah kan nampak cantik lawa bila pakai tudung,” titip seorang peminat yang lain.
Sekadar informasi, Riena telah memulakan karier sebagai penyampai radio Hot FM sekitar bulan Februari lalu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai bila tarikh ia diambil memandangkan bintang drama Kampung People itu memilih untuk bertudung sepanjang Ramadan lalu.
Foto: Instagram Riena Diana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personalitinya ‘sempoi’ membuatkan selebriti yang menghiasi Bakat Baru Media Hiburan minggu ini begitu mudah didekati.
Meski pertama kali bertemu, namun Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari tidak lekang mengukir senyum dan seboleh mungkin cuba memberikan jawapan terbaik terhadap setiap persoalan yang diajukan.
Popular menerusi single pertama berjudul Pertama Kali, gadis berusia 22 tahun ini akui terkejut dengan penerimaan baik peminat pada lagu tersebut, malah tidak sangka ia sudah jadi tontonan netizen lebih sejuta kali di YouTube.
Angka tersebut menjadi salah satu pembakar semangat buatnya untuk beri yang terbaik pada masa depan, khusus buat mereka yang menggemari lagu tersebut.
[irp posts=”62″ name=” Saya Berani Kata, Fattah Bukan Pelakon Kayu” – Fazura”]
“Dalam tempoh sebulan, muzik video lirik dimuat naik di YouTube, ia dah pun ditonton lebih 1.6 juta kali dan tentunya saya gembira dengan berita ini.
“Sebab bukan mudah untuk pendatang baru seperti saya raih angka tontonan tinggi seperti itu.
“Jadi pastinya saya berbesar hati. Terima kasih buat semua yang menyokong.
“Ternyata, lagu Pertama Kali yang saya cipta lebih tujuh lalu itu beri impak positif dalam perjalanan kerjaya seni saya dan Darul Aman Buskers,” katanya merendah diri.
Tulis lagu zaman cinta monyet
Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai lagu Pertama Kali yang kini menjadi siulan ramai itu, Shaa memberitahu lagu tersebut dinukilkannya ketika belajar di tingkatan tiga, sewaktu di perpustakaan sekolah.
“Biasalah zaman muda remaja, kita tak terlepas daripada alami fasa cinta monyet. Begitu juga dengan saya. Jadi ilham tulis lagu Pertama Kali itu datang mencurah-curah. Lalu saya rakam sekadar suka-suka bersama rakan dan mereka muat naik ke YouTube.
“Bila video tu di muat naik, saya tidak ambil pusing sangat sebab aktif dengan Darul Aman Buskers dan pada waktu itulah, saya dilamar Eddie Hamid untuk rakam lagu secara profesional.
“Sebab sebelum ini pun, kami ada muat naik lagu-lagu cover version di media sosial. Misalnya lagu Ziana Zain, Ayda Jebat, Ara dan Wany Hasrita,” katanya yang sudah setahun setia bersama Darul Aman Buskers.
Sebelum bergelar penyanyi, dia adalah penyanyi sepenuh masa bersama buskers tersebut dan aktif membuat persembahan sekitar Alor Star, Kedah.
Bagaimanapun, penglibatannya dalam arena seni secara serius dilihat sebagai satu pengalaman baru yang mematangkan diri, apatah lagi ini impiannya sejak dahulu lagi.
“Sejak orang mula kenal, Alhamdulillah tawaran persembahan pentas pun dah ada. Kalau nak dikirakan penat, memanglah penat. Namun bila kenangkan inilah cita-cita saya sejak dulu, rasa penat itu berbaloi.
“Apa pun, sebagai penyanyi yang masih lagi bertatih dalam seni, masih banyak yang perlu saya belajar, explore dan ambil pengalaman dari penyanyi senior yang lainnya. So far syukur, saya cuba lalui semua ini dengan relak dan tenang,” ujar Shaa.
Anggap persaingan sihat
Mengulas persaingan dihadapinya bersama penyanyi baru lain yang sedang meningkat naik, anak bongsu daripada enam beradik ini secara realistiknya tidak melihat ia sebagai satu persaingan.
Akan tetapi, situasi tersebut adalah normal. Tinggal lagi, penyanyi itu sendiri perlu mencorakkan perjalanan seni mereka untuk terus kekal relevan.
“Saya masih terlalu baru sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan penyanyi baru lain rasanya masih terlalu jauh.
“Tiada istilah persaingan pun sebab saya sendiri belajar dengan mereka. Sokong lagu-lagu rakan seangkatan dan pada masa ambil mana yang baik dari mereka.
“Malah kalau nak diikutkan pun, trend sekarang pendengar gemar lagu-lagu tangkap leleh dan pasti itu bonus buat kami juga,” kongsi Shaa.
Shaa meluahkan dia amat meminati Ziana Zain.
“Saya begitu kagumi dan idolakannya. Bagi saya, Ziana seorang penyanyi yang sudah ada ‘kerusinya’ sendiri dalam dunia seni Malaysia.
“Namanya cukup besar dan bila sebut saja, orang dah terbayang kebolehan dia dendangkan lagu bernada tinggi,” tutur Shaa.
Dia juga mengharapkan peminat terus sokong perjalanan seninya itu.
“Sebagai orang baru, saya sekali lagi ingin ucapkan terima kasih buat semua, termasuk keluarga, rakan dan peminat atas sokongan berterusan kalian. Harapnya suntikan semangat yang saya terima ini akan berterusan sampai bila-bila, insya-ALLAH,” akhiri Shaa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa syukur kerana diberi nikmat hidup bersama suami penyayang dan anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Fara atau nama lengkapnya Norfarahin Mohd Roslan yang baru sahaja memasuki fasa ketiga (third trimester) kehamilan gembira kerana Ippo sentiasa ada disisinya.
“Alhamdulillah, diberi nikmat hidup didunia, punya suami yang sentiasa disisi, keluarga yang sentiasa mendoakan, kawan2 yang baik, insyaAllah punya anak yang bakal lahir.
“Terima kasih ya Allah. Doakan fara dan baby sihat, dipermudahkan segalanya. Terima kasih yang mendoakan yang baik,”tulisnya.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.