
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
“Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
“Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
“Dia macam sebak tapi lega. Sangat berdebar duduk atas pelamin tadi sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Alhamdulillah, semuanya dah selamat,” katanya, lapor Harian Metro.
Majlis Serba Romantis
Erissa Puteri yang juga bintang Ceria Popstar turut mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis ini, Erissa Puteri menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Sebagai lambang kasih sayang, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan rantai emas dan berlian kepada Erissa Puteri.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan dan resepsi akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI