Penyanyi, Ernie Zakri ada menitipkan kata bersempena dengan sambutan World Hijab Day yang disambut pada Isnin.
Penyanyi Gundah itu menyatakan rasa syukur apabila membuatkan keputusan murni untuk mengenakan hijab tahun lalu.
Dia yang kini kelihatan kian ayu dan manis menutup aurat turut berdoa agar terus istiqamah.
“Happy World Hijab Day 2021 Syukur Ya Allah, masih diberi kesempatan. This is my best decision ever, subhanallah.
“Semoga kita semua sentiasa istiqomah, inshaAllah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen pada posting di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya dan turut menyatakan ‘alhamdulillah’ buat Ernie.
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab pada fasa penularan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di negara ini buat pertama kali, Mac lalu.
Foto : Instagram Ernie Zakri