Penyanyi terkenal, Anuar Zain akui teruja kerana bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru apabila anak saudaranya, Ernie Zakri dijangka menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Anuar berkata, dia tumpang gembira selain menyifatkan Ernie dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel sebagai pasangan yang saling melengkapi.
“Sudah tentu saya teruja, tak sabar menantikan kelahiran cucu saudara. Ibu Ernie, Raafeah Mohamed rapat dengan saya, kami sepupu. Kak Gie (Ziana) pula rapat dengan adik ibu Ernie. Malah usia mereka pun sebaya.
“Waktu kecil kami rapat sampai ketika dia berkahwin, saya menangis kerana sudah tentu hubungan tidak akan seperti sebelumnya. Kemudian hubungan kami berjalan seperti biasa dan saya pun mulai bekerja.
“Bagaimanapun dengan Ernie Zakri saya tidak berapa kenal, maksudnya ketika dia membesar. Cuma pada enam ke tujuh tahun kebelakangan, baru saya mulai mengenali anak buah saya tu. Suck a lovely girl sebenarnya.
Ads
“Sekarang kita punya hubungan yang sangat rapat, alhamdulillah. Tambahan pula dia memiliki suami yang baik seperti Syamel. Bagi saya mereka good couple,” katanya.
Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Keabadian Cinta ini ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.
“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh
(MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.
Harga tiket bermula dari RM 230 hingga RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi penganjur atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Tasnim Shah yang selamat menjadi isteri kepada Amin Daniel yang juga anak kepada ahli politik Dato’ Sri Jamal Yunos pada Ahad lalu.
Majlis hari bahagia pasangan sama cantik sama padan itu menerima ucapan tahniah serta titipan doa yang baik-baik daripada jemputan yang hadir.
Malah menerusi Insta Stories, Tasnim atau nama sebenarnya, Nur Tasnim Shah turut berkongsikan coretan istimewa daripada ibu tercinta.
Sambil mendoakan agar Tasmin menjadi isteri yang baik, ibu juga turut berkongsi keperibadian anaknya itu.
“Anim (Tasnim) kesayangan Mommy, pada 2/10/2022 Anim telah sah menjadi milik Amin. Anim kena jadi a good wife tau. I love you so much. Banyak kenangan yang tak boleh dilupakan terutama kenakalan anim yang suka menyakat kakak dan adik beradik.
“Tapi di sebalik tu juga Anim anak yang bertanggungjwb kepada keluarga dan biasanya kalau adik beradik ada masalah, Anim lah tempat mereka mengadu dan Anim sentiasa mendengar.
“Banyak membantu dan berkorban tak kira dari segi pendapat atau kewangan, so sweet,” tulis ibunya menerusi Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada kata dapat menggambarkan kekejaman tentera Zionist Israel menentang rakyat Palestin.
Terbaru, Heliza Helmi menerusi Instagram berkongsi sebuah video tragis bagaimana tentera ini membaling gas memedih mata ketika umat Islam sedang menunaikan solat di bawah khemah.
Keadaan menjadi kacau bilau sehingga menyebabkan sebilangan jemaah terpaksa melarikan diri daripada saf, namun imam tetap meneruskan bacaan sehingga gas menerjah seluruh kawasan.
“Lihatlah sendiri bagaimana KEKEJAMAN tentera ZIONIST israel menyerang rakyat Palestin yang hanya sedang solat dikawasan sourbaher selatan Juruselam
“Moga Allah selamatkan saudara kita di sana, Aamiin Ya Rabb.
“Sumbangan dibuat ke akaun MAPIM : Maybank ( Dana Mapim ) 562834636620 Atau www.tabunggaza.com Facebook : MAPIM : Malaysian Consultative Council of Islamic Organization HOTLINE MAPIM : 1300-888-038,” kongsinya.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kesal apabila ada segelintir portal tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting kenyataan lamanya sehingga boleh mengundang fitnah.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan di Instagram pada Khamis, Bella juga tidak menafikan cerita tidak betul yang dikongsi mampu mengganggu kerja serta kehidupan seharian mereka.
“Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi hari ini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan headline/artikel yang disebarkan di media social (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube).
“Oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.
“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.
“Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” luahnya.
Bella pada masa sama turut memuat naik kembali video lama yang berkaitan sekaligus mahu memperbetulkan keadaan.
“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan.
“Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh. Video berkenaan mata Bella pedih jadi terpaksa buang contact lens dan tiba-tiba bulu mata pun tercabut. (Video ini pada tahun 2019)
“Tapi video tu diambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan.
“Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kanlah spekulasi. Kerana kami juga punya keluarga di Sabah/Singapura dan sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” tulisnya lagi.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...