Berita

Ernie Zakri Lega Selesai Nyanyi, Cuba Yang Terbaik Demi Peminat Yang Sama Sama Berjuang Untuk Astana

Share

Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dapat membuat persembahan pada saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) di Shah Alam, pada Sabtu.

Ernie berkata, kehadirannya hari ini demi peminat yang berharap dia membuat persembahan di SFMM38.

“Alhamdulillah sudah tentu saya berasa lega dan sebenarnya saya buat persembahan ini demi peminat yang sama-sama berjuang untuk lagu Astana,” katanya.

Ditanya sejauh mana harapannya menerusi lagu ciptaannya bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman itu, Ernie percaya rezeki dan cuba memberikan yang terbaik.

“Sekiranya ada rezeki ke Anugerah Juara Lagu 38, saya akan cuba menebus segala yang harus ditebus.

“Doakan yang baik-baik untuk lagu ini. Sudah pasti saya meletakkan harapan tinggi, seperti mana yang diharapkan juga peminat, Insya-Allah,” katanya lagi.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu membuka tirai dalam saingan hari kedua SFMM38.

Terdahulu Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan lagu Astana sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi, Nadeera.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH