Barisan artis terkenal seperti Ernie Zakri, Syamel, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin bakal membuat persembahan di Ekspo Ijab Qabul 2023 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula 22 hingga 24 September ini dari 10 pagi hingga 10 malam.
Acara turut dimeriahkan dengan Kugiran Kamila Akustika selain persembahan silat, gamelan dan tarian cilik Arcisa Girls, demonstrasi solekan serta gubahan bunga dan hantaran.
Diasas dan diterajui pasangan adik beradik lelaki, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim, ekspo perkahwinan popular itu dianjurkan buat kali ketiga.
Ekspo yang menghimpunkan vendor kerja kahwin untuk bakal raja sehari itu turut menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung.
Menurut Shamsul Azhar, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu ‘Ekspo Kahwin Paling Best” dan “All Your Wedding Needs, Under One Roof”pihaknya optimis dengan aturcara diatur selain tawaran hadiah istimewa.
“Untuk meraikan pengunjung dan bakal pengantin bertuah nanti, kami tawarkan hadiah utama pakej nikah percuma di Magica Suite tajaan Magica Events termasuk makan dan minum untuk 50 orang bernilai RM3,000.
“Tak hanya itu, pemenang utama juga bakal menerima pakej umrah percuma untuk seorang tajaan Zuhud Holiday bernilai RM8,390.
“Selain itu, agensi kembara sama turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa diskaun pakej umrah sebanyak RM1,000 untuk seorang dan RM500 bagi dua orang.
“Tak ketinggalan pakej percutian dari Golden Fly Venture pula berbesar hati menghadiahkan hotel percutian di Bali, Indonesia, Melaka dan Terengganu dan pelbagai lagi hadiah menarik dari vendor-vendor Ijab Qabul menanti anda” kata Shamsul Azhar.
Ekspo Ijab Qabul 2023 yang dikelola syarikat Nightbloom Events milik dua beradik berkenaan turut bakal dihiasi 100 tapak atau kios vendor perkahwinan ini juga sarat dengan aktiviti seni.
@ijabqabulexpo Bakal Pengantin Get Ready ‼️ Tag Pasangan Anda! 🥰 Ijab Qabul Expo kembali September ini menghimpunkan Vendor Paling Best untuk bakal pengantin yang sedang mencari persiapan kahwin! Diskaun pakej kahwin sehingga 70% , cabutan bertuah, persembahan dan Meet & Greet dari selebriti terkenal, Foodtrucks dan Forum Perkahwinan antara aktiviti-aktiviti best menanti anda! 100+ Vendors, The Best of Food Trucks, FREE Welcome Gifts, 3 Days of Ekspo Kahwin Paling Best! Save The Dates dan jumpa disana! 🌸 IJAB QABUL EXPO 3rd Edition 🌸 🗓️ 22, 23 & 24 September 📍Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam ⏰10pagi – 10malam #ijabqabulexpo2023 #EkspoKahwinPalingBest #AllYourWeddingNeedsUnderOneRoof ♬ original sound – ijabqabulexpo
“Seperti kelazimannya majlis kahwin tak lengkap dengan persembahan hiburan. Sebab itu kami lengkapkan acara ini dengan pembabitan artis dan pekerja seni. Selain buat persembahan, artis juga akan ada sesi ‘meet and greet’ bersama pengunjung serta peminat.
“Malah aktiviti sepanjang tiga hari ekspo nanti itu turut dipadatkan dengan pelbagai aktiviti. Ia termasuk forum perkahwinan bertajuk Cinta Yang Direstui dikendali oleh pasangan pendakwah Ustaz Fakaruddeen dan Ustazah Asmak Husin pada hari pertama pembukaan ekspo.
“Tahun ini juga kami perkenalkan pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli sebagai duta Ekspo Ijab Qabul. Malah serentak dengan itu, Kashfi Zulkufli juga bakal mempersembahkan pertunjukan fesyen ‘The Lost Maharani Volume 2’,” kata Shamsul Azhar.
Kata Shamsul Azhar lagi, kemasukan ke ekspo ini tidak dikenakan bayaran. Malah katanya lagi, parkir kereta juga percuma.
“Sebagai ekspo perkahwinan, kami menghimpunkan vendor dari pelbagai sudut kelengkapan kahwin termasuk hotel, dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin, perancang perkahwinan, katering, barang kemas, kad kahwin, ‘doorgift’, hantaran dan gubahan bunga.
“Begitu juga dengan perkhidmatan foto dan video kahwin untuk mengabadikan detik hari bahagia, pakej bulan madu dan pelbagai lagi. Jadi kalau nak mudahkan kerja mengurus dan merancang perkahwinan serta berjimat, kenalah datang ke ekspo ini.
“Semuanya dalam satu tempat. Lapan kendera saji juga disediakan di luar dewan ekspo untuk mengisi perut dan menghilangkan haus. 1000 pengunjung terawal juga bakal mendapat cenderahati percuma,” katanya lagi.
Terdahulu, acara ini turut mendapat sokongan dekorasi utama, Ellysia, Suke TV (penyiar rasmi), Picturesque Production, Rose Katering, Magica Events dan JV Craft & Gifts.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI