Ernie Zakri Rupanya Yang Buat First Move, Berani Confess Pada Syamel; “Aku Suka Kau Tau, Kau Tak Balas Tak Apa…”

Share

Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.

Dalam program Studio Sembang yang dikelolakan Amelia Henderson, Ernie mengakui dia terlebih dahulu membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.

“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.

Apa yang menghiburkan netizen ialah jawapan balas Syamel yang turut diceritakan oleh Ernie dalam podcast tersebut.

“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.

“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.

“Aku tak seberani Ernie.

“Boleh ke aku buat macam ni?  Hahaha kau tiada keyakinan diri.

“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.

“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
Juliana Johar