
Primadona alaf baru, Erra Fazira difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan.
Malah, pemergiaannya ke tanah suci kira-kira selama dua minggu itu juga tidak akan ditemani rakan atau ahli keluarga.
“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya, seperti yang dipetik MHE.
Malah, dikhabarkan penyanyi Jendela Hati itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Erra sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah beberapa tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, bintang senior ini baru sahaja selesai menjayakan pembikinan filem Wangi arahan Yeop Hitler.
Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Meninggal Dunia Dalam Tidur, Al-Fatihah

Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.
“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.
“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.
SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.
“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.
“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.
“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.
“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Yang Bodoh Mulakan Challenge Makan Spicy Noodles Dengan Durian,” – Nabila Huda Tanya Ara Johari Buat Cabaran Mengarut, Siap Loya Muntah!

Cabaran makan mee pedas bersama durian yang dilakukan Ara Johari menerusi perkongsian di Instagram mendapat lebih banyak kecaman netizen.
Malah ada yang membayangkan aksi yang dikatakan mengundang bahaya ini sepatutnya tidak dikongsi oleh seseorang selebriti yang punya pengaruh besar seperi bekas pelajar Akademi Fantasia itu.
Gelagat penyanyi Bunga ini menyahut cabaran makan mee pedas bersama durian cukup menyeksa jiwa raga.
Malah Ara dilihat awalnya rasa loya lalu muntah dan footage ambulan di akhir video turut mengundang pertanyaan pengikutnya di laman sosial.
Turut terlibat melakukan cabaran berkenaan ialah beberapa kenalannya.
“Ramai yang care, ramai yang tanya ara kenape masa buat challenge dengan @zarolzarif@amri_aziz @ecahdaud@cikidot_channel .
If you guys nak tahu, boleh tunggu isnin malam okay,” tulisnya.
Rakan selebriti, Nabila Huda menerusi ruang komen misalnya turut bertanya penyanyi ini dan menyarankan agar tidak melakukan cabaran ‘bodoh’ yang boleh ancam nyawa sendiri.
“Eh gila laa!! siapa lah Yang bodoh mula kan buat challenge makan spicy noodles dgn durian?!!!
“Stop lah buat benda bodoh macam ni..durian dah la panas!kalau mati macamana..?Malaysia,Tolong lahhh! ada banyak lagi benda lain boleh explore selain dari buat benda Yang boleh bawak padah ni..ya allah…kan Aku dh bebel macam mak2,” tegas Nabila.
Ara bagaimanapun menjawab komen tersebut dan turut menasihatkan agar tindakannya tidak menjadi ikutan ramai.
“Alhamdulillah , everything’s fine . Ara harap takde yg follow challenge ni . Sebab sangat tidak sesuai untuk semua orang . Thanks abil sebab jadi mak mak,” balasnya.
Fikir sebelum bertindak. Diharap cabaran ini tidak menjadi ikutan ramai. Kalau nak tahu lanjut apa yang berlaku, kenalah tunggu minggu depan bak kata Ara!
Foto : Instagram Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terfikir Kalau Ada Babak Minta Bercium, Puan Sri Tiara Jacquelina Rupanya Pernah Tolak Peluang Ke Hollywood

Pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui sebelum ini dia ada menerima tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood. Namun, dia terpaksa menolak peluang itu atas beberapa sebab.
Menurut Tiara faktor perbezaan budaya menjadi sebab dia melepaskan tawaran tersebut kerana enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya terpaksa menolak babak-babak yang kurang sesuai dengan cara hidup orang Asia.
Bintang berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat.
“Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada… filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk.
“Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood… sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.
“Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan,” katanya.
Bercakap mengenai perkembangan dunia lakonan tempatan ketika ini yang banyak menerima kehadiran ramai bakat baharu, Tiara berkata untuk menjadi pelakon, seseorang itu perlu bergelar disiplin yang tinggi.
Malah tidak pernah rasa jemu untuk sentiasa belajar memperbaiki mutu lakonan.
“Kena berdisiplin dan terus belajar, jangan cepat rasa bagus… kita kena sedar beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.
“Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi.
“Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem… contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut,” katanya lagi.
Pelakon drama Keluarga Bahadon ini turut mengambil contoh dirinya yang sanggup korbankan kehidupan masa muda demi menjaga nama baik sebagai seorang anak seni.
“Kalau awak cuma nak fame dan glamor, jadi influencer di Instagram sahajalah, kalau nak jadi pelakon serius kena lalui peritnya, berkorban kehidupan sosial.
“Tengok saya tak ada social life, kita pun pernah muda, tengok orang best hidup pergi sana-sini, clubbing keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.
“Ini kerana saya tak mahu ada kontroversi, saya kena pastikan diri saya keep clean supaya tak terpalit kontroversi. Selain itu tak boleh cepat melatah apabila berdepan sesuatu,” katanya.
Perkongsian tersebut diceritakan Tiara menerusi IG Live melalui akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Selasa sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember depan.
Sesi yang bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ia dikendalikan editor hiburan berpengalaman yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain Tiara, artis lain yang akan turut berkongsi kisah menarik mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin Syamsul Yusiof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperti Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A Aida.
Sesi ini yang bermula sejak Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI