Seiring dengan perkembangan teknologi, kini pelbagai kandungan menarik boleh didapati dengan melayari internet termasuk video-video menarik misalnya di saluran YouTube.
Terbaharu, penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira turut sama mencipta saluran YouTube sendiri, Keep In Touch With Erra Fazira bagi mendekatkan lagi dirinya dengan peminat setia.
Berkongsikan perkara itu di Instagramnya, Erra berkata dia sudah lama merancang untuk menubuhkan salurannya sendiri dan gembira akhirnya ia dapat direalisasikan.
“Yeah!!! Akhirnya saya dah dah saluran YouTube sendiri: Keep In Touch With Erra Fazira.
“Memang dah lama Erra plan nak buat YouTube Channel (YTC) sendiri tapi baru sekarang berkesempatan untuk work on it.
“Bukan senang eh rupanya nak buat content ni. Macam-macam nak kena buat. Salute untuk mereka-mereka yang dah lama dan hebat dalam bidnag ini.
“Please do subscribe, like and share my YouTube Channel: Keep In Touch With Erra Fazira tau? Banyak lagi video-video yang Erra nak share. So, stay tune and keep in touch ok?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tampil dengan episod pengenalan, Erra memuat naik video dia mengenang menyambut bulan Ramadan ketika zaman kanak-kanak.
“Pernah la juga puasa yang yang yok sebab saya iman tak kuat, waktu tolong arwah nenek buat kuih, time gentel-gentel kuih tu pastu saya makan.
“Selain itu, saya pernah la juga curi-curi minum dalam bilik air… itu perkara biasa la kot. Mesti ramai yang melalui fasa itu,” katanya berseloroh.
Dalam video itu juga, anak tunggal Erra, Engku Aleesya, 13, turut kelihatan sama berbuka puasa bersama ibunda tercinta serta beberapa krew penerbitan YTC Erra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Erra Fazira