Erra Fazira Tunai Umrah, Pelakon Betty Banafe Turut Serta – “Di Malam-Malam Penghujung Ramadan Ini…”

Share

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, primadona filem Melayu, Erra Fazira turut mengambil kesempatan 10 malam terakhir Ramadan untuk menunaikan ibadah umrah.

Turut serta dalam rombongan Erra ialah rakan baiknya, pelakon Betty Banafe.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Erra memohon doa agar diampunkan segala salah silap serta diterima ibadahnya.

“Assalamuailakum, di malam-malam penghujung Ramadan ini, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, kekurangan serta kelemahan saya sama ada sengaja mahupun tidak, lisan mahupun perbuatan.

“Moga segala ibadah kita diterima Allah, segala dosa diampunkan dan segala doa dimakbulkan. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, menjenguk di ruangan Instagram Betty, pelakon tersebut mengharapkan mereka mendapat mengejar malam istimewa Lailatul Qadar yang begitu direbut-rebut semua Muslimin dan Muslimat.

“Sekadar berkongsi, malam ini di Mekah adalah malam 25 Ramadan. Jamatul ulama mengatakan Lailatul Qadar masih belum keluar, InsyaAllah.

“Moga malam ini atau malam 27 atau 29. Doa kami juga agar doa kalian semua diterima tanpa hijab dan diberikan ketenteraman jiwa serta hidup dalam redha Allah SWT. Amin ya Rab,” tulis Betty.

Selain, Erra, Betty dan Siti Nurhaliza beberapa artis lain turut berkesempatan menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini seperti penyanyi Daiyan Trisha, Naim Daneil, Datuk Nora Ariffin, pelakon Datin Fouziah Gous, Zulin Aziz dan Saharul Ridzwan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Erra Fazira,  Betty Banafe

Published by
Juliana Johar