Pelawak, Ali Puteh memaklumkan pihak doktor akan berkongsi perkembangan anak bongsunya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada Isnin.

Ali yang kini bersaing menerusi program Maharaja Lawak Mega 2019 bersama grup Puteh turut mengharapkan sinar terhadap situasi yang dialami anak perempuannya itu.

“Gambar ni mase sebelom adik operation…mase ni masih di hospital ampang…esok hari isnin…keputusan doktor berkenaan kamu syg.

”Semoga ade sinar buat kamu esok…semoga semunya dipermudahkan buat kamu syg esok…terus lah kuat sedaya kamu!!!!

”Walid dan ibu sentiasa ade bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda #prayforainulmardhiah.

Sebelum ini, Ainul yang berusia tiga bulan dilapor mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, dua tahun.

Foto: Instagram Ali Puteh