Seperti diketahui umum, jumlah kes melibatkan penularan wabak COVID-19 dilihat makin bertambah meskipun memasuki minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut ternyata mendatangkan kegusaran di hati banyak pihak termasuklah buat pelakon, Mia Ahmad.

Mia yang dijadualkan untuk bertemu dengan doktor bagi memeriksa keadaan terkini kandungannya meluahkan rasa bimbang untuk keluar dari rumah.

“Esok nak pergi check up baby.

“Takut nak keluar. Doakan kita okay,” tulisnya.

Ads

Rasa bimbang tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pejaga gol pasukan Johor Darul Ta’azim, Izham Tarmizi di laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Mia turut terkenang akan keadaan para ibu yang bakal melahirkan anak tetapi belum sempat membuat sebarang persiapannya ekoran penularan wabak COVID-19 ini.

“Kat NGO mana lagi yang kita boleh sedekahkan baju-baju pre-love baby and toys time PKP ni?

Ads

“Banyak yang DM Mia diorang tak ada buat persiapan apa lagi nak deliver baby.

“Nak pergi beli tapi kedai tak buka dan tak boleh keluar.

Sementara itu, Mia turut memberi cadangan supaya para ibu membeli barangan persiapan bayi menerusi atas talian.

Ads

“Kesiannya tapi kan, ada je babyshop yang masih menjual barang-barang dia online.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan segala urusan Mia dan kandungannya dipermudahkan.

“Esok Nak Pergi Check Up Baby, Takut Nak Keluar,” – Bimbang… Mia Ahmad Kenang Nasib Ibu Hamil Saat COVID-19Terdahulu, Mia telah mendirikan rumah tangga bersama Izham Tarmizi pada tanggal 13 Januari 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Twitter Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI