Penyanyi seksi, Kilafairy menerusi posting yang terkini di Instagram ada memuat naik dirinya posing mengenakan baju tidur dari satu jenama.
Lalu, kerana ini menyatakan keselesaan baju tidur berkenaan, penyanyi yang juga anak kepada bintang senior Rohana Jalil Ini telah menulis kapsyen yang begitu ‘mengundang’.
View this post on InstagramA post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“I kalau tidur, tak boleh pakai long sleeves or long pants. Kalau pakau jugak, esok pagi bangun baju semua hilang.
“Ada selimut je,” tulis Kila sambil menyatakan baju jenama berkenaan yang cukup selesa dipakai ketika tidur.
Lalu, posting berkenaan menerima lebih seratus komen pelbagai netizen, termasuk rakan artis yang faham akan cara promosi yang dilakukan Kila.
Sudah namanya Kilafairy kan? Pakai apa pun, nampak seksi. Ini kan pula bila tulis kapsyen sedemikian!
Foto; Instagram Kilafairy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
AlFatihah, Adik Syafiyah Nur Zahra, Pesakit Kanser Mata& Ketumbuhan Dalam Otak Meninggal Dunia – Nabila Razali Titip Rasa Sayu
Sebentar tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Pematah Hati, Nabila Razali ada memuat naik sepotong video di Instagram yang dikemas kini.
Menerusi video berkenaan, bintang itu ada berkongsi video kenangan bersama salah seorang peminat ciliknya, Syafiqah Nur ZahrA Mohd Faizal yang meninggal dunia kerana menghidap kanser mata selain mempunyuai ketumbuhan di bahagian otak.
Difahamkan, Allahyarham merupakan peminat kepada penyanyi dan pelakon berkenaan.
“Innalillahiwainnailaihirojiun… Adik Zahra dah takde guys…. ? Sama-sama kita tolong sedekahkan Al-Fatihah ya……… #CeritaZahra,” tulisnya.
Pada masa sama, Nabila turut mengulang siar kembali posting terdahulu, menerusi video sama.
“Assalamualaikum semua, pada tanggal 13 November 2018 Bella telah dimaklumkan oleh Kak @fizasabjahan tentang seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal atau lebih mesra disapa dengan panggilan Zahra.
“Zahra mempunyai beberapa wish list antaranya dia nak naik kapal terbang, pergi tadika, naik MRT, makan ice cream, naik Vellfire & jumpa dgn Bella. Alhamdulillah Mak dia kata most of the wish list dah termakbul.
“Bella juga dimaklumkan yg adik Zahra ni merupakan pesakit kanser mata dan mempunyai ketumbuhan dalam otak. Without a second thought Bella curi sikit masa utk jumpa dgn adik Zahra ni. Bella juga difahamkan yg adik Zahra tidak mempunyai masa yg lama.
“So guys if you have a chance to cheer up kids like this please please please do so okay ?? They need us. May my story inspire you to do good to others. InshaAllah. This is my best birthday gift ever. #SpreadTheLove #GiveBack,” kongsi Nabila.
View this post on InstagramA post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on
Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Percaya Kepada Allah, Dia Akan Bantu Kita Balik,”- Ada Terkesan Kecaman, Datin Diana Danialle Mahu Positif
Datin Diana Danielle menyifatkan dirinya bertuah dan dia sentiasa bersyukur atas doa semua yang diberikan.
Malah, peminat serta keluarga yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat suami, Datuk Farid Kamil.
Katanya kepada MH, sejak dulu lagi dia bersyukur dengan para peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan.
“Terima kasih kepada peminat dan orang ramai kerana tidak jemu mendoakan saya dan suami. Mereka juga banyak membantu saya dengan memberikan kata-kata semangat.
“Saya juga mendoakan kepada mereka yang telah mendoakan saya,”kata Diana jujur.
Malah, bintang filem Gol & Gincu 2 ini juga mengakui bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Kalau kita percaya kepada Allah, Insyallah Dia akan bantu kita balik, setiap yang berlaku ini pasti hikmah disebaliknya,” kata Diana tenang.
Meski ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif atas ujian yang dihadapinya, namun dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyanyang.
“Kadang-kadang rasa terkesan juga, tapi ibu saya adalah penguat semangat.
“Saya juga beryukur dikurniakan ibu yang sentiasa memberi semangat kepada saya,” jelas ibu kepada dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora ini lagi.
Terdahulu, Farid pada 19 Jun lalu, dibenarkan menangguhkan hukuman penjara sembilan bulan, selepas menjalani hukuman selama 35 hari, sejak 15 Mei lalu.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto : Instagram Diana Danialle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Sebab ‘Nak Berperang’ Atas Pentas Tapi…,” – Jac Sentiasa Doa Yang Terbaik Di GV9, Kagumi Aina Abdul
Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia hanya berharap agar dapat membuat persembahan terbaik dan konsisten sepanjang minggu di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tanpa memikirkan hal lain yang boleh menjejaskan tumpuannya.
Jac, 43, berkata dia perlu membuat demikian, lebih-lebih menerusi minggu duet malam tadi yang menyaksikan dia meraih markah tertinggi iaitu 92.40 peratus.
“Saya pernah cakap sebelum ini, ia (persembahan duet) bukan sebab ‘nak berperang’ atas pentas, tapi setiap kali saya menyanyi dengan seseorang, saya cuba nak buat persembahan itu sebaik yang boleh.
“Kalau orang cakap pada saya, kenapa kau ‘bagi’ (bersungguh) sangat. Saya cakap, kena buat. Tambahan lagi saya berduet dengan Aina Abdul. Jadi kami sama-sama kenal pasti apa kelebihan masing-masing di atas pentas.
“Sumpah, apa yang saya doakan ialah semoga boleh buat persembahan yang baik. Saya tak perlu kena menang, tak mengapa. Tapi biar baik persembahan saya. Itulah yang saya doakan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai pengalamannya berduet dengan Aina, Jac akui suka semangat yang ditunjukkan penyanyi lagu Semalam itu.
Jac pada masa menjelaskan dia senang bekerjasama dengan Aina sepanjang sesi latihan.
“Saya memang kagumi dia sebagai penyanyi. Dia masih muda, tapi bagus. Dia tak berhenti belajar. Bagi saya dia sentiasa cuba untuk memperbaiki diri.
“Rasanya dia sendiri pun tahu ini pertandingan yang sedang saya sertai. Kami berbincang dari segi pembahagian lagu dan rasanya dia faham seterusnya beri ruang kepada saya.
“Cuma saya bila kita menyanyi secara duet, kita perlu sokong di antara satu sama lain. Saya tak suka jadi penyanyi yang pentingkan diri sendiri. Tak boleh begitu, nanti hasilnya tidak memuaskan,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI