Penyanyi Ayu Damit mendedahkan perasaannya menjadi cemas dan trauma apabila bermimpi dipatuk ular pada awal Disember lalu.

Menurut Ayu, mimpi aneh itu dialaminya beberapa kali dan lebih mengejutkan, dia sendiri hampir dipatuk bintang berbisa itu dalam satu kejadian di kediamannya.

“Sebenarnya sudah beberapa hari saya mimpi hal sama. Kemudian saya beritahu suami, mimpikan ular dan kali ini, ia bukan sahaja melingkar tapi patuk terus.

“Lalu pada keesokannya paginya bila nak ambil kuali untuk sediakan sarapan, saya ternampak ular di sebelah bahu kanan. Seolah-olah nak mematuk. Lebih menakutkan sebab ular berkenaan seolah-olah sama dengan ular yang muncul dalam mimpi sebelum ini.

“Ular itu lari dalam keadaan kelam-kabut itu dan kami hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) susulan kejadian untuk memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat. Bimbang sebab ada anak-anak keluar masuk dapur,” katanya.

Ads

“Esok Pagi Bila Mahu Sedia Sarapan, Nampak Ular Seolah-Olah Nak Mematuk,” – Ayu Damit Cerita Insiden Mistik, Mimpi Ular Beberapa Kali “Esok Pagi Bila Mahu Sedia Sarapan, Nampak Ular Seolah-Olah Nak Mematuk,” – Ayu Damit Cerita Insiden Mistik, Mimpi Ular Beberapa Kali

Sebelum ini akui Ayu dia pernah berdepan situasi mistik apabila buat pertama kali, seekor kelawar tiba-tiba masuk dalam rumah.

“Bila kejadian itu berlaku, kami tidaklah fikir apa-apa yang pelik pun. Cuma kali ini termimpikan ular pula. Ya, ada jumpa ustaz untuk dapatkan nasihat dan air penawar.

Ads

“Saya tidaklah terlalu percaya dengan hal sedemikian, akan tetapi ada rakan-rakan yang cadangkan supaya cari ikhtiar. Jadi kita cubalah berubat cara tradisional,” katanya lagi.

Ayu bagaimanapun mahu optimis dan hanya memikirkan soal keselamatan anak-anak.

“Bila cakap fasal mimpi nak percaya setarus peratus pun tak boleh juga. Tapi kalau nak biarkan pun nanti terlalu fikir. Pendekatan saya setakat ini, cuba ikhtiar sajalah sekadar termampu. Demi keselamatan anak-anak.

Ads

“Iyalah bila binatang berbisa masuk rumah bimbang ada hal yang tak baik boleh berlaku. Apa yang penting kita positif, yakin dan reda.

“Cuma dulu saya ada muat naik di Instagram mengenai hal tersebut sebagai luahan. Bila kita cakap, ada yang tak percaya. Alhamdulillah setakat ini, Allah SWT berikan perlindungan.

“Kalau jadi macam yang dalam mimpi tu, Ya Allah agak menakutkan. Doakan yang baik-baik sahaja, insya-Allah,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI