Ketika sedang menghitung hari menantikan detik kelahiran cahaya mata sulung, khabar duka pula menimpa isteri kepada bekas pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin selepas dia disahkan positif Covid-19.
Menurut Hafizh, dia sememangnya berasa agak risau dengan keadaan isterinya yang ketika ini sedang hamil 37 minggu.
Katanya lagi, setelah hampir lima hari melakukan ujian saringan, baru hari ini isterinya itu disahkan dijangkiti wabak berkenaan.
“Assalamuailaikum guys, mohon doa untuk isteri saya yang baru positive covid-19 and 37 week plus pregnant.
“Semoga semuanya baik-baik untuk mummy and baby. Esok patutnya baby check up.
“Lima hari and lima kali test negative last hari ni g swap positive pulak and saya negative,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Hafizh menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, keputusan ujian saringan Covid-19 terhadap dirinya dilaporkan negatif.
Dalam pada itu, Hafizh yang akan berlumpa dalam saingan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih semua yang mendoakan wife saya and baby.
“Semoga Allah SWT membalas jasa baik budi anda semua. Amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Hafizh dan isterinya.
“Allahuakbar, speedy recovery. Semoga segalanya dipermudahkan.
“Allahuakbar, be strong Zana. Doa yang baik-baik untuk Zana dan baby. InsyaAllah everything will be fine. Doa banyak-banyak Apis. Jaga diri.
“Please be strong for her and baby.
“Semoga Allah SWT melindungi Hafizh sekeluarga,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Hafizh dan isterinya Noor Suzana Abdul Manaf telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Hafizh Syahrin