Kumpulan Eva dan Indigo diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir menerusi program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu keempat pada Ahad.
Menerusi minggu yang membawa tema ‘Lagu Berhantu’ itu, Eva membawakan lagu Kini yang pernah dipopularkan oleh Feminin sementara Indigo pula membuat persembahan dengan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian asal Syamel.
Indigo menduduki carta markah kedua terendah iaitu dengan 55.20 peratus sementara Eva pula di kedudukan terakhir, 55 peratus.
Sementara itu, Muss yang tampil berbeza menyampaikan lagu asal Yuna, Dan Sebenarnya mendapat respon positif para juri, sekali gus mengumpul markah sebanyak 74.60 peratus sementara Linda Nanuwil sukses di tempat kedua dengan markah 74.40 peratus.
Berikut merupakan senarai markah penuh yang diperolehi semua peserta;
Terdahulu, Anugerah CUCKOO Healthy Home kali ini menjadi milik Aju dan menerusi segmen Kongsi Rezeki, ikon penyampai radio A Razak Ismail menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, menyaksikan tinggal lagi 11 peserta yang akan menyahut cabaran.
Foto: Instagram Astro Gempak