“Even Pelakon Dalam Netflix Tak Ada Follower 1 Million,” – Trend Ukur Jumlah Followers Pelakon Di Instagram, Raja Ilya Tertanya-Tanya

Share

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai segelintir pihak yang didakwa menetapkan jumlah bilangan tertentu pengikut di laman media sosial Instagram sebagai syarat untuk berlakon.

Sebagai seorang pelakon, Raja Ilya misalnya turut tampil memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, tindakan sedemikian tidak wajar bagi mengukur kredibiliti para pelakon melalui bilangan pengikut di laman media sosial.

Pelakon berusia 36 tahun ini pada masa sama turut membandingkan situasi layar perak tempatan dan antarabangsa yang nyata jauh berbeza.

Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, kebanyakan karya seni antarabangsa tidak menilai kebolehan seseorang pelakon itu berdasarkan jumlah pengikut di Instagram.

“Kenapa sampai jadi macam ini Industri Perfileman Malaysia kita ? Dah kenapa ???? Hello!! Even dorang Yang nak ikut Trend buat series @Netflix #squidgame pun majority pelakon Tak ada INSTAGRAM PUN WEIII……… baru buka account kot!!!

“Even Pelakon2 dalam Netflix Tak ada follower 1 million….I will still say the same thing kalau I ada 10 million followers (real /fake).

“Anak seni Tanah air kita Tak main social media, they Play on screen.. bagi real punya .. Bakat bukan main mainan, it’s ART !!!!!!! Embrace it don’t FAKE it !!

“Ilya setuju sangat dengan feedback @hj.zil Dan abang abang Otai industry kita .. Salute,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Raja Ilya

Published by
Nazar Rafiqhi