Pakar bedah, Dr. Amalina ada berkongsi sebuah perkhabaran gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri di laman tersebut, Dr. Amalina memberi tahu bahawa dia telah pun menerima lamaran daripada kekasihnya itu.
Malah, doktor yang berpengkalan di London, United Kingdom itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.
“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran bahawa dia akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga di United Kingdom.
Ads
Perkhabaran tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak selepah posting tersebut meraih hampir 43,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis dilihat begitu teruja sambil turut mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.
Sumber: Instagram Dr. Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun ini, lagu raya baharu dendangan artis tempatan kembali rancak dilancarkan selepas lebih dua tahun negara berhadapan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Syawal kali ini, Ayu Damit tampil dengan single berjudul Riang Ria Lebaran ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri.
Turut menyumbang suara di dalam lagu ini ialah Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Iran, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, idea Riang Raya Lebaran tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.
“Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.
“Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan? Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah.
“Komitmen yang diberikan semua sangat baik dan proses menyiapkan lagu ini hanya ambil masa seminggu sahaja. Penggambaran muzik video dilakukan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara, SM Gadaffi Syed Ali atau Habib di Beverly Height, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi keesokan harinya.
“Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music,” katanya.
Ayu berkata demikian ketika ditemui di Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.
“Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.
“Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi,” katanya lagi.
Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai menepati ramalan, kumpulan HEART telah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2 selepas saingan minggu terakhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center, di sini, malam tadi.
Gandingan antara Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers itu telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan tiga lagi kumpulan lain dalam persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan negara Asia dan bebas.
Dalam pada itu, kumpulan U.N.I telah muncul sebagai naib juara seterusnya meraih hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Viral yang meraih wang tunai sebanyak RM50,000 serta trofi
Ditempatkan keempat pula jatuh kepada kumpulan Janggo yang menerima wang tunai berjumlah RM25,000 dan juga sebuah trofi.
Dalam pada itu, pelawak dan penyampai radio, Danial Lawak Solo telah pun diangkat sebagai pemenang trofi bagi anugerah Superstar Musim Ini.
Selepas dinobatkan sebagai juara, kumpulan turut berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 buat badan kebajikan, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah yang terletak di Semenyih, Selangor.
Para peserta pada tahun ini diadili oleh juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin, dan Nur Fazira dengan pemarkahan sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Elly Mazlein turut digamatkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjelang 20 hari sebelum bermulanya konsert Soul Sisters yang menggabungkan tiga penyanyi tersohor negara iaitu Misha Omar, Siti Sarah dan Noryn Aziz, segala persiapan fasa akhir sedang giat dijalankan.
Bagaimanapun, penyanyi, Misha Omar menegaskan tiada istilah ‘over shadow’ atau ‘battle’ akan berlaku sepanjang konsert tersebut berlansung.
Katanya, konsert tersebut bakal menampilkan sifat kebersamaan dan antara kesemua penyanyi tersebut.
“Saya tahu sebelum ini kami ada tanggungjawab sendiri dan menyanyi lagu sendiri tapi somehow bila dah bertiga kami tidak boleh sellfish atau ingin menonjol sendiri.
“Soul Sisters ini akan gagal kalau satu atau dua sahaja yang menyerlah,” katanya kepada MH.
Misha berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Soul Sisters 2019 yang berlansung di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketika ditanya, adakah elemen battle akan tonjolkan pada konsert tersebut, ini pula reaksi daripada pengarah vokal, Datuk Syafinaz Selamat;
“Sister will support sister.
“They will work together and will be no battle because I’ll make sure mereka akan tonjolkan kehebatan vokal mereka.
Konsert Soul Sisters bakal berlansung pada 5 dan 6 April 2019 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.
Dikhabarkan tiket telah pun dijual hampir 70% daripada jumlah keseluruhan.
Untuk pengetahuan, tiket konsert masih lagi dijual pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinium), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...