Pakar bedah, Dr. Amalina ada berkongsi sebuah perkhabaran gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri di laman tersebut, Dr. Amalina memberi tahu bahawa dia telah pun menerima lamaran daripada kekasihnya itu.
Malah, doktor yang berpengkalan di London, United Kingdom itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.
View this post on Instagram💍😃❤️ Excited about wedding planning x2 (UK 🇬🇧 & Malaysia 🇲🇾) 🥳😍🤵🏻👰🏻 #engaged
A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri) on
“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran bahawa dia akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga di United Kingdom.
Perkhabaran tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak selepah posting tersebut meraih hampir 43,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis dilihat begitu teruja sambil turut mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.
Sumber: Instagram Dr. Amalina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40
Persembahan Queen of The Night daripada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung dengan penuh meriah di Hotal Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam Sabtu membawa tema Wanita dan Inspirasi.
Menerusi persembahan yang dianjurkan oleh B’ De Paris bertujuan untuk menghiburkan lebih 600 penonton yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta keluarga B40 itu, Siti mendendangkan seleksi 15 buah lagu popularnya termasuk segmen medley.
Showcase berkenaan bermula kira-kira jam 9.45 malam, Siti menghiburkan semua menerusi lagu catchy, Nona Zaman Sekarang serta lagu malar segar tradisional yang sentiasa menjadi siulan, Cindai.
Persembahan yang diselang-selikan dengan celoteh mesra ibu kepada dua cahaya mata itu bersama peminatnya itu berjaya memeriahkan suasana lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu turun ke bawah pentas untuk beramah mesra dengan peminat setianya yang hadir dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Johor.
“Terharu saya tengok ramai datang dari banyak pelosok negara. Paling buatkan saya tersentuh dan gembira, malam ini ada penonton berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina dan India.
“Saya tahu ramai peminat yang datang malam ini sudah lama teringin nak tengok persembahan saya, terima kasih kerana sudi hadir,” kata Siti.
Persembahan kemudiannya diteruskan dengan segmen medley lagu-lagu Fly Me To The Moon dan Terukir Di Bintang bagi memberi penghargaan kepada golongan wanita.
Masih mengekalkan momentum, Siti terus menghangatkan pentas dengan lagu-lagu popular nyanyiannya seperti Anta Permana, Ku Mahu, Seribu Kemanisan dan Bidadari Syurga.
Lebih mengujakan, Siti tampil membuat kelainan dengan menyuntik elemen tradisional dalam lagu Purnama Merindu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Lebih Indah.
Showcase Queen of The Night merupakan persembahan pertama Siti dalam fasa peralihan endemik sebelum dia kembali ke pentas berskala besar menerusi sebuah lagi konsert amal, Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza di Dewan Plenary, KLCC pada 5 dan 6 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @kakitembak_fotografi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Jalani Pembedahan Injap Jantung Pada Usia Sebulan, Idzham Ismail Rindu Momen Anak Membesar
Berbunga rasa di hati melihat anak yang dahulunya disahkan mengidap mengalami Transposition Great Arteries (TGA) selepas dilahirkan kini membesar dengan sempurna sebagaimana kanak-kanak seusianya.
Walaupun pernah menjalani pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun 2017 ketika berusia sebulan, namun Nur Sofea Inara kini sangat lincah dan bijak berdikari.
Ulas Idzham Ismail, Inara kini lebih gemar melakukan aktiviti tanpa bantuannya.
“Dulu bukan main suka daddy peluk sekarang peluk je kena tendang, nak jalan sendiri, tak nak pimpin tangan. Nak minum pakai cawan tak nak botol dah, nak makan pakai sudu sendiri tak nak kena suap dah, lepas tu daddy kena kutip makanan yang awak tumpahkan ye.
“Kadang2 tengok balik video masa Inara baby sampai baru belajar nak jalan. Rindu pula time tu. Bangga daddy tengok Inara membesar, dulu dalam aquarium tak bermaya sampai lah boleh duduk atas muka daddy macam bola dia buat.
@bellasudeen rindu lah rasa ada baby kecil,” ulasnya yang memberi bayangan mahu menambah bilangan anak.
View this post on InstagramA post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Idzham diijabkabul dengan pramugari, Siti Nur Abilah pada 27 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang anak, Nur Sofea Inara, setahun.
Foto : Instagram Idzham Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolak Tepi Konflik Rumah Tangga… Puteri Sarah Nampak Happy Di Kedah, Isi Masa Dengan Janna Nick
Pelakon Puteri Sarah Liyana kini berada di kampung halamannya di Kedah bagi meraikan sambutan Syawal tahun ini, bersama sepasang cahaya matanya.
Selesai bersalaman dan beraya bersama keluarga mentuanya di ibu kota, Puteri Sarah dilihat mulai berkongsi foto rayanya di Kedah.
Turut kelihatan di dalam hantaran sama ialah pelakon Janna Nick yang merupakan selebriti asal Sungai Petani, Kedah.
“A friend in need is a friend indeed. Orang Kedah hadir,” tulis Puteri Sarah pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, Janna juga turut memuat naik momen sama sekaligus menerusi perhatian peminat kedua dua bintang berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI