“Lapan tahun kita beraya bersama.” Itu kata Nabil Ahmad sejurus ditanya Neelofa mengenai selama mana mereka menyambut lebaran bersama di set MeleTOP sebelum ini.
Neelofa yang diundang bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di program berkenaan pada Selasa membuat kejutan dengan beriringan bersama Nabil Ahmad memulakan segmen pengenalan.
“Hari ini rasa seronok sangat, rasa macam inilah raya yang saya nanti-nantikan. Dapat bersama-sama dengan Lofa, atas stage MeleTOP. MasyaAllah,” kata Nabil.
Mereka antara lain turut berkongsi situasi masing-masing mengenai kisah ‘raja mengejut’ sebelum memperkenalkan rakan hos, Elly Mazlein.
Meninjau ke ruangan komen menerusi potongan video berkenaan di YouTube MeleTOP, rata-rata penonton memberikan reaksi positif.
Malah tidak kurang yang merindui gandingan serasi keduanya pada program hiburan mingguan tersebut.
“Sayu pulak kan. Excited tengok depa dua. Lama tak tengok macam ni,” komen peminat.
“Dua-dua dah hijrah, subhanallah. Hebat,” puji peminat lainnya.
“Tak ada ganti. Walaupun pengganti tak sama. Apa pun semoga semua sihat, berbahagia ke jannah,” coret peminat.
“Rindunya nak tengok Lofa dan Nabil kembali,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, Neelofa yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata membuat pengumuman berundur dari MeleTOP pada Disember 2019 selepas tujuh tahun mengendalikan program bual bicara infotainment terbitan Astro itu bersama Nabil Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: YouTube MeleTOP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mengandung 7 Bulan Kami Dah Jaga,” – Gara-Gara Isu Tunjal Kepala, Ibu Kandung Qayyum Bersuara & Ini Reaksi DS Aliff Serta Isteri
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ibu kandung anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya itu.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Aliff berkongsi pengalaman menjaga Qayyum sejak dia berada di dalam perut ibunya lagi.
“Memang macam ni ek ambil anak angkat? Kalau tau mcm ni tak payah ambil lagi bagus jaga jee bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang.
“Niat hati wife saya nak berkomiskasi sbb tak nak putuskan hubungan dgn keluarga yo tapi jadi sebaliknya pula.
“Org tak fhm apa yg kami rasa…bila perasaan sayang dah ada sbb jg dr dlm perut lagi (mak yom mengandung 7 bulan kami dah jaga)
“Dan dari lahir kami jaga dan yg pelik lahir je yom kena sawan nangis, nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata.
“Lebih daripada 5k kos rawatan di hospital swatas..malah maid khas saya bayar gaji utk jaga baby ni shj.
“Susu pun tak minum yang biasa ok, minum susu soya, malah maid saya sampai tak tido malam semua org jaga dia.
“Dgn sakit mata 5 bulan baru hilang, suntikam bulanan, sakit demam…kami sekeluarga jaga.
“Hari ni dpt msg mak dia nk minta jaga balik Qayyum sbb katanya dh mampu jaga.
“Kalau tahu na ambil tak payah kasi dari awal atau ambil masa tgh parah menangis dan mata mcm ni.
“Sekarang dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan, nak amek?,” tulisnya kesal.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Selain Qayyum, pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Ameena.
Sementara itu, isterinya juga turut meminta pendapat ramai apabila ibu kepada anak kecil tersebut tampil untuk kembali menjaga anaknya, kerana dikatakan sudah berkemampuan untuk menjaga Qayyum.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Optimis Mahu Bantu, Sokong Pengkarya Industri Perfileman, Digital Content Connection & ACE Pictures Jalin Kerjasama
Seiring dengan perkembangan dunia digital yang kian pesat berkembang di seluruh dunia, Digital Content Connection (DCC) mengambil inesiatif dengan menjalin hubungan bersama ACE Pictures menerusi sebuah perjanjian kerjasama.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Malah, diharapkan kerjasama ini akan memberi ruang buat pengkarya untuk mempersembahkan naskhah mereka dalam skop yang lebih luas.
DCC akan menggalas tanggungjawab dengan mewujudkan sistem sokongan bagi memberikan nasihat serta pandangan dalam pembangunan projek filem untuk pembikin filem.
Sementara ACE Pictures pula akan mengenalpasti, seterusnya membuat kajian dan menyediakan dana kepada projek yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan agar menarik minat pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures, Johnny Chang, melihat kolaborasi ini sebagai satu kerjasama menarik dan optimis di dalam memberi impak baik buat pengkarya filem tempatan.
“Kami teruja dengan jalinan kerjasama ini. Gabungan antara dua teraju ini diharap dapat dapat membantu mengetengahkan karya penerbit filem tempatan yang mempunyai kualiti terbaik dalam naskah mereka di peringkat antarabangsa.
“Kami bukan sekadar mahu menyediakan dana semata-mata, sebaliknya impian kami adalah untuk untuk melihat pengkarya tempatan menggapai kejayaan di peringkat global, di mata dunia,” katanya.
Johnny Chang berkata demikian pada sidang media yang telah pun berlangsung di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Terdahulu, DCC merupakan sebuah organisasi baru yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.
Syarikat berkenaan mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Content Connection, Datuk Raja Aznil Raja Hisham pula sebolehnya mahu memberi peluang besar buat pengkarya berkualiti untuk mempersembahkan karya mereka tetapi tersekat atas kekangan dana.
“Tidak dinafikan, masalah kekurangan dana menjadi sesuatu yang sering diperkatakan dan sebolehnya kami mahu meringankan ia dengan membantu dengan cara tersendiri.
“Selain mahu memasarkan Malaysia sebagai rakan kolaborasi ideal untuk hub kreatif dan kandungan digital, DCC juga akan terlibat dalam meningkatkan kemahiran serta teknologi.
“Ia penting bagi memudahkan pengeluaran filem, kesan efek khas, animasi, permainan dan banyak lagi,” maklum Aznil.
Di majlis yang berlangsung, ‘media presentation’ untuk Digital Content Connection (DCC) juga turut dipertontonkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syahadah Kerana Allah SWT, Bukan Kerana PenganutNya,” – Ini Nasihat Adam Corrie Buat Para Mualaf
Pelakon, Adam Corrie mengakui kerap mendengar rintihan daripada para mualaf yang sering kali berdepan masalah untuk membentuk akidah mereka.
Menurut Corrie, perkara tersebut berlaku disebabkan mereka sering didesak untuk menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat.
View this post on InstagramA post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
“Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing dan tak kurang juga yang lahir Islam.
“Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat.
“Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam,” tulisnya.
Apabila berdepan dengan situasi berkenaan, ini respon yang sering dikongsikan oleh Corrie;
“Ada yang hampir putus asa. Saya selalu nasihatkan apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan.
“Islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita. Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya.
“Islam itu indah, hambaNya pula banyak kekurangan. Apabila kita banyak menerima kecaman, desakan dan sebagainya, kita perlu cari kekuatan.
“Kekuatan itu dengan kita betulkan & perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhluk. Makhluk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya,” jelasnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Corrie lagi, dia berharap agar para saudara baru Islam diluar sana untuk tidak berputus asa mendalami ilmu agama kerana percaya perubahan pasti akan berlaku.
“Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan. Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu.
“Kerana ilmu & adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita. Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita.
“Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita. Agama Itu Nasihat
“Yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula, fikir-fikirkan Nikmat Allah mana yang kita dustakan. Janganlah kita kufur nikmat & hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat,” katanya lagi.
Sumber: Instagram Adam Corrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI