
Isi Kandungan
TogglePelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan yang mendakwa dia bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama tunangnya yang juga pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Menurut Eyka, 30, walaupun majlis raja sehari tu akan diadakan dalam suasana sederhana, ia tetap dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat dari kedua-dua belah pihak.
Jemput Keluarga & Sahabat Terdekat
“Tidaklah ‘private’, saya ada jemput ahli keluarga dan teman rapat. Tapi very limited. Persiapan alhamdulillah semuanya okay. Dalam 80 peratus begitu.
Berdebar saat menantikan momen diijab kabul, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaannya bersama pasangan.
“Alhamdulillah, amin. Itulah juga yang sebenarnya kami harapkan. Orang kata untuk mulakan hidup baharu sebagai suami isteri ini menuntut kita untuk banyak belajar dan sebagainya.
“Jadi terima kasih sebab selalu mendoakan yang baik-baik dan kebahagiaan untuk kami. Saya hargainya,” katanya lagi. Pada majlis sama, Eyka turut ditemani Akhyar.
Terbuka Untuk Terus Berlakon
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi turut menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada atlet, tanpa meninggalkan minat dan kerjayanya sebagai pelakon.
“Insya-Allah, setakat ini Akhyar tiada apa-apa halangan untuk izinkan saya terus aktif berlakon. Malah dia sentiasa menyokong perjalanan seni saya.
“Cuma impian saya sudah tentulah untuk bergelar ibu pula selepas ini. Jadi isteri dan ibu yang terbaik,” katanya lagi.
Saling Faham Kerjaya
Saling memahami tuntutan kerja masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini turut praktikal terhadap komitmen kerjaya selepas bergelar suami isteri.
“Kami kenal lama dan sudah saling memahami soal kerja. Sebelum ini pun pernah perhubungan secara jarak jauh. Cuma situasi selepas ini mungkin sedikit berubah misalnya dari segi masa.
“Jadi mungkin siapa tahu aelepas kahwin nanti kalau suami terpaksa bermain di luar Kuala Lumpur saya akan ikut dan kalau saya ada kerja di Kuala Lumpur, saya akan pulang.
“Kerja sebagai pelakon agak praktikal kerana kita sendiri yang tentu waktu kerja kita,” jelasnya lagi.
Imbas kembali, Eyka dan Akhyar yang dijangka bakal berkahwin awal Mei ini mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2024, namun hanya berkongsi berita gembira itu kepada umum tiga bulan kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Macam Saya,”- Oktovia Manrose Akui Anak Sama Sepertinya, Tak Gemar Bergambar

Pelakon Oktovia Manrose ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa minggu lalu.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia berkongsi gambar ketika dia anaknya, Muhammad Rayyan Zulkarnain ketika menyambut hari raya aidifitiri.
“Happy eid mubarak 2019 to all muslim ! Macam biasa . Dia macam saya mmg tak suka dunia glamor ni , nak minta amik gambar bukan main susah . Tengok lah senyum pun terpaksa je.
“tiap tiap tahun macam tu . Hehe . Rayyan mmg tak bagi chance sikit kan dekat mummy nak share gambar raya kita , tapi selepas dipaksa so ni lah hasilnya tapi ni baru berdua .
“Tunggu okay ada banyak lagi gambar raya akan menyusul,” kongsinya sambil memberikan kredit.
View this post on InstagramA post shared by Oktovia Manrose (@oktoviamanrose) on
Di samping itu, peminat juga memuji kemesraan pelakon yang berusia 27 tahun ini bersama anaknya.
Dalam pada itu, ibu tunggal ini menerima pujian daripada peminat kerana kelihatan sangat ayu dan cantik apabila memakai tudung.
Untuk rekod, Oktovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain.
Bagaimanapun, pasangan ini memfailkan perceraian mereka pada tahun 2015.
Foto : Instagram Oktovia Manrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maryam ‘Update’, Kandungan Kini Masuk Minggu Ke-32 – “Budak Kecil Ni Buat Apa Dalam Rerut?”

Tahniah diucapkan kepada pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi yang kini sedang sarat hamil 8 bulan.
Maryam atau nama sebenarnya, Maryam You Narae berkongsi mengenai perkembangan kehamilannya itu menerusi entri di Instagram yang dikemas kini.
Umum Hamil Lagi!
Melalui entri tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat berkongsi beberapa foto kandidnya sambil memperlihatkan ‘baby bump’.
“Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke, kpop dance ke. Did baby kicks originally hurt this much?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut menerima perhatian daripada para pengikutnya sekali gus sarat dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik dapat dibaca menerusi ruang komen.
Sekadar informasi, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tanpa Restu Mak Bapak, Kita Tak Akan Berjaya,”- Tak Pernah Sekali Lupa Orang Tua, Ini Tips Ifa Raziah Untuk…

Baru baru ini, penyanyi dangdut dan bintang versatil, Ifa Raziah telah memuat naik satu video di akaun Instgram miliknya.
Penyanyi Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah telah menjadi tetamu undangan untuk satu seminar yang memberi motivasi dan didikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
“Miss Diva PERCAYA Doa Restu Redha IBUBAPA & SUAMI akan menjadikan kita berjaya mencapai Kejayaan dlm kehidupan kita insyallah akan dipermudahkan Aamin, ”tulis penyanyi Gemercing Rindu ini.
View this post on InstagramA post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
Menariknya, rakaman video tersebut telah memaparkan kata-kata Ifa yang sangat bermakna dan menyentuh hati penonton.
“Dan sekurang-kurangnya bila saya macam ni, saya tak pernah tinggalkan mak bapak saya, tak pernah lupakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.
“Tanpa restu mak bapak, kita tak akan berjaya. Itu yang saya percaya,” luah Ifa lagi.
Lalu, rata-rata netizen memuji dengan kata-kata yang dilontarkan Ifa.
Betul kata Ifa, tanpa doa dan restu kedua-dua orang tua tidak mungkin kita akan berjaya. Jadi berbaktilah kepada mereka.
Video : Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI