Terdahulu, banjir lumpur telah melumpuhkan bekalan makanan, elektrik dan kemusnahan barangan di kawasan perumahan Villa Nusa Indah, Bojongkulur, Gunungputri dan Kabupaten Bogor.
Selebriti terkenal, Neelofa tidak gentar menggunakan bahasa kasar untuk mengecam kekejaman pemimpin dan tentera Israel terhadap saudara Islam di Palestine.
Menurut Neelofa, pemimpin dan tentera Zionis itu memang layak menerima kecaman tersebut disebabkan perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan.
“Ada pihak mengatakan bahasa yang saya gunakan di kapsyen itu agak kasar. Sebelum saya muat naik sebarang hantaran, saya akan kongsi dahulu kepada suami.
“Jawapan suami, secara umumnya, Perdana Menteri Israel ini darahnya halal untuk dibunuh oleh orang-orang mukmin. Mereka memang layak menerima cercaan malah lebih daripada itu lagi.
“Bagi figura-figura beragama Islam yang takut bersuara, ketika anda sedang takut ini, ada orang bukan Islam di luar negara yang akan bersuara dan menyokong perkara yang anda takutkan ini,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk minuman Sharop Drink di Kompleks Islam Putrajaya pada Jumaat.
Sharop Drink merupakan satu projek kerjasama diantara Nunha Co. dan Lembaran Yadim Sdn. Bhd.
Pada masa sama, Nelofa juga tidak risau berkenaan risiko yang bakal ditanggung sama seperti ketika dia memutuskan untuk berniqab sebelum ini.
“Sebagai muslim yang beriman dan faham tentang kepercayaan kepada hari akhirat, kita kena faham dahulu kenapa Palestine ini perlu dipertahankan dan apa istimewanya Majid Al-Aqsar.
“Kalau ada yang takut atau tak berani untuk bersuara, mungkin mereka kurang kefahaman tentang ilmu tersebut.
“Bagi pandangan saya, kalau nak bercakap soal takut, saya telah melalui pelbagai fasa dalam hidup daripada tak bertudung ke berhijab dan seterusnya berniqab.
“Perkara itu juga boleh menyebabkan saya hilang macam-macam tapi sehingga saat ini Allah masih memberikan rezeki,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas PU Riz ini turut akui dirinya sangat terkesan melihatkan kekejam yang berlaku di Palestin terutamanya bila melibatkan anak kecil.
“Sebagai ibu bapa yang punyai dua orang anak lelaki yang masih kecil, kesannya memang agak berbeza berbanding peristiwa sebelum ini.
“Perasaan, emosi dan mental itu lebih dekat dengan saudara-saudara Islam di sana yang anaknya hilang, cedera dan disiksa dengan kejam.
“Apa yang sedang berlaku ini secara tidak langsung membangkitkan semangat umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia,” katanya lagi.
Neelofa antara selebriti yang lantang bersuara mengecam tindakan tentera Israel di bumi Palestine.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ramona Zam Zam meluahkan rasa syukur apabila alahan kulit wajah serta badan yang dialaminya kini kian pulih dan sembuh seperti sedia kala, pada Rabu lalu.
Bukan itu sahaja, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam kini kelihatan gembira dan turut berkongsi beberapa foto terkini keadaan dirinya bersama peminat.
“Yesterday was hari lemau, sick & tired, ni baru rasa mcm kembali manusia hahaha.
“Had some free time lepas kena interview dgn HLive tadi so here are some selfies of me & my favourite oil cleanser.
“@monadirabeauty @monadirabeauty @monadirabeauty Sorry i tennot choose which photo,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Sebelum ini, bintang berusia 30 tahun ini ada memberitahu dirinya telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar kulit selepas insiden tersebut berlaku.
Foto: Instagram Ramona Zam Zam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...