“Memang Sandra yang mahu warna begitu dan kami berbincang.”

Demikian kata pereka fesyen, Ezuwan Ismail sebagai mengulas komen segelintir netizen yang menyifatkan pemilihan warga untuk gaun malam (evening gown) yang bakal diperagakan Sandra, 23, di Pertandingan Miss Universe ke-73, November depan sebagai kurang menyerlah.

Menurut Ezuwan, 42, mereka sama-sama berbincang untuk menghasilkan persalinan terbaik dan yang paling penting, ia memberi keselesaan dan keyakinan kepada pemakai, iaitu Sandra sendiri.

“Ramai yang tanya mengapa pilih warna sedemikian dan sebagainya. Sebenarnya memang Sandra yang mahukan warna begitu dan kami berbincang. Lalu saya kata okay selepas dia rujuk pada saya. Tak ada masalah.

“Untuk segmen tersebut, kalau tak silap temanya ialah ‘reach to the star’. Jadi kita selitkan dengan elemen bintang dalam rona keemasan pada busana berkenaan,” katanya.

Ads

Ezuwan Ismail Ulas Isu Evening Gown Sandra Lim Bukan Warna Pop Menyerlah, Bersebab Tak Guna Kain Net ‘Skin Color’ Ezuwan Ismail Ulas Isu Evening Gown Sandra Lim Bukan Warna Pop Menyerlah, Bersebab Tak Guna Kain Net ‘Skin Color’ Ezuwan Ismail Ulas Isu Evening Gown Sandra Lim Bukan Warna Pop Menyerlah, Bersebab Tak Guna Kain Net ‘Skin Color’

Pada masa sama, Ezuwan turut berkongsi mengenai pemilihan fabrik yang digunakan.

“Sandra juga mahukan tunjuk kakinya yang panjang dan rasanya itulah elemen kebiasaan dalam pertandingan ratu cantik, begitu juga dengan rekaan gaun malam. Kebanyakan menggunakan kain net (jarang).

Ads

“Ada juga yang tanya kenapa tidak menggunakan kain net yang sama nada dengan warna kulit dan mengapa pakai warna krim? Sebenarnya memang kita mahu guna warna tersebut.

“Jadi saya tak nafikan banyaklah terima pendapat dan idea daripada warganet di media sosial. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Saya pun tidak menyalahkan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, busana national custom dan evening gown yang dihasilkan Ezuwan khas untuk digayakan Miss Malaysia Universe 2024 itu menerima reaksi pelbagai warganet selepas ia dipertontonkan kepada umum.

Ads

Meski ada yang memuji, tidak kurang yang menyifatkan rekaan tersebut kurang menyerlah untuk digayakan di pentas berprestij itu.

Ezuwan bagaimanapun mendedahkan dia sebenarnya mereka tiga persalinan buat wakil Malaysia itu, termasuk satu gaun rahsia ‘secret gown’ yang hanya akan diperkenalkan pada malam kemuncak.

Edisi Miss Universe ke-73 bakal berlangsung di Mexico City, pada 16 November 2024 (17 November waktu Malaysia).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI