
“Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya mengenai perkembangan hubungan istimewa bersama pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira,51.
Menurut Ezwan, dia bagaimanapun tidak pasti lagi sama ada mereka bakal naik pelamin pada tahun ini atau tahun hadapan.
“Kalau benda baik (berkahwin) betullah, cuma tak tahu tahun ini atau tahun depan?,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mind Order di Kueh Cafe Petaling Jaya, pada Ahad.
Ulas Pasal Hubungan
Mengulas lanjut mengenai perhubungan yang terjalin bersama Primadona Filem Melayu itu juga, Ezwan akui mereka mempunyai hasrat dan impian yang sama untuk kehidupan seterusnya di dunia hingga akhirat.
“Saya rasa saya dan Erra, kita kongsi ‘vision’ serta ‘mision’ yang sama untuk kehidupan di peringkat umur ini. Maksudnya, kehidupan selepas itu yang macam mana, awak nak kejar apa?
“Jadi, kita ada satu matlamat yang sama. Rasanya nak menuju pengakhiran yang baik (berkahwin), seimbang dunia dan akhirat, termasuk kita juga nak menyumbang lebih kepada komuniti sebab kita pun berniaga.
“Kiranya kita berdua ini berkongsi misi yang sama, visi yang samalah,” katanya lagi.
Erra Turut Komen
Sementara itu, Erra atau Fazira Wan Chek berkata, dia bersama Ezwan menjalani perhubungan baik dan rapat mereka tanpa memberi tekanan di antara satu sama lain.
“Kami memang ada berbincang mengenai hubungan ini (arah tuju), tapi ia bukan satu tekanan. Kami tidak beri tekanan di antara satu sama lain. ‘Go with the flow’, tapi dengan matlamat berbeza.
“Cuma, kalau misal kata berkawan tapi terapung saja (hubungan), itu pun sangsi juga. Eh, kosong-kosong saja nak berkawan sampai bila? Nantikan,” ujarnya.
Erra berkata, mohon doa yang baik buat hubungannya bersama Ezwan kerana jika semua berjalan lancar, mereka mengharapkan fasa perkahwinan itu berlaku secepat mungkin, tapi setakat ini tidak diketahui bila?
Sebelum ini, media melaporkan Ezwan mengakui hubungannya dengan Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu dan semakin serius..
Pada Januari lalu pula, kecoh di media sosial apabila Erra dikatakan dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang.
Selepas itu, Erra yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu dilihat semakin terbuka dengan hubungannya, selepas muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan di platform media sosial dab sesi ‘live’ itu mengundang reaksi positif netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI