Pelakon, Ezzrin Loy yang kini dilihat akrab bersama rakan artis, Sharifah Rose mendedahkan dia belum mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dalam masa terdekat.
Menurut Ezzrin atau nama sebenarnya, Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri, dia dan Rose masih mempunyai banyak impian yang ingin dicapai terutamanya dari segi kerjaya.
“Dalam semua hubungan saya, mak saya selalu pesan, kalau nak ada teman wanita, kena ada niat untuk berkahwin. Dalam agama pun ada kata sebegitu agar kita tahu sama ada orang itu sesuai atau tidak dengan kita.
“Setakat ini, saya masih fokus dengan perjalanan kerjaya dan mengecap lebih banyak kejayaan. Saya rasa Rose juga ada perjalanan kerjaya yang ingin dia capai.
“Jadi, perancangan untuk ke arah yang lebih serius itu belum ada lagi dalan masa kita. Masing-masing sedang utamakan kerjaya dahulu,” katanya kepada MH.
Ads
Adik kepada pelakon, Elfira Loy itu berkaya sedemikian ketika ditemui di acara larian Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run yang berlangsung di ibu kota pada Ahad.
Ezzrin Nak Cari ‘Barang’ Sebelum Kembali Berlakon
Mengulas mengenai kerjayanya sebagai pelakon, Ezzrin akui dirinya kini jarang muncul di kaca televisyen kerana sibuk dengan jadual sebagai duta dan wakil untuk pelbagai jenama-jenama besar.
Katanya lagi, dia juga mahu menggunakan kesempatan ini untuk mencari pengalaman hidup untuk diaplikasikan dalam kerjaya lakonan pada masa hadapan.
Ads
“Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan beberapa pengarah dan penerbit filem. Mereka pun ada bertanya ke mana arah kerjaya saya ini. Buat masa sekarang, saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya nak enjoy buat perkara yang sebelum ini saya tak pernah buat. Saya kini lebih kepada nak mencari pengalaman hidup agar ada ‘barang’ untuk menjayakan sesuatu watak.
Ads
“Pada saya, kalau kita nak menjayakan watak yang mencabar, kita kena lalui fasa-fasa di dalam hidup. Kalau kita tak lalui, kita tak tahu perasaan watak itu.
“Nak berlakon, kita kena ada ‘barang’ itu sama seperti senior-senior saya seperi Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf. Mereka dah lalui pelbagai pengalaman dalam hidup. Kalau ada rezeki dan watak yang sesuai, saya akan kembali berlakon,” akhirinya.
Terdahulu, nama Ezzrin dan Rose kerap menjadi perhatian netizen selepas mereka sering dilihat keluar bersama dan berkongsi momen-momen manis di media sosial.
Ramai beranggapan mereka kini sedang hangat bercinta namun kedua-dua mereka masih belum mengesahkan perkara tersebut dan dikatakan lebih selesa berkawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas selesai prosedur perceraian semalam, Instagram Bella Astillah dihujani dengan komen sokongan dari para peminat.
Malah, rakan selebriti juga tak kurang tampil meninggalkan komen sama, malah ada yang turut mendoakan yang baik-baik buat mereka sejurus sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Intan Liana Saleh misalnya yang sebelum ini ada memberikan kata semangat dalam menghadapi dugaan perkahwinan buat Bella, dilihat turut sama memberikan reaksi.
Menerusi entri terkini di Instagram, Bella turut berharap agar selepas ini dia mampu untuk menjadi ibu terbaik buat anak tunggal mereka.
“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden.
“Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best,” tulisnya.
Bekas pelakon, Yatt Hamzah ada meluahkan rasa sedih apabila melihat fesyen tudung masa kini yang dikatakan tidak mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam.
Kongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberi nasihat kepada kaum wanita untuk menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
“Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, utk diriku juga krn aku ada anak2 perempuan yg sdg membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dr perkara2 Mungkar.
“Aku juga pernah lalai dan jahil, krn itu aku tdk mahu perkara yg sama berlaku pd wanita2 lain. Aku berpesan krn aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan utk menjadi wanita Solehah yg taat padaMU krn kami takut azabMU yg amat dasyhat.. ALLAHUAKBAR..,” tulisnya.
Kelly Azman tampil menafikan dirinya sengaja merosakkan karya penyanyi lain susulan tindakannya menyanyikan semula atau ‘cover’ beberapa lagu penyanyi tempatan.Menyangkal dakwaan tersebut, Kelly atau...