
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkongsi nama anak pertamanya menerusi Instagram pada Isnin.
Sambil memuat naik foto permata hatinya yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, Issey turut mendedahkan makna di sebalik nama yang dipilih.
“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka Fathian ialah kemenangan.
“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita, 31 Ogos 2021,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut sama tumpang gembira selain mendoakan agar Faaeq membesar sebagai anak yang soleh.
Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi ialah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.
Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Foto: Instagram Issey, Aimi Jamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedih Teramat, Nak Taip Kapsyen Ni Pun Susah…” – Shiha Zikir Buat ‘Cover’ Lagu Arwah Siti Sarah, Menyanyi Sampai Mengalir Air Mata

Pemergian Allahyarham penyanyi Siti Sarah Raissudin memberikan kesan buat semua apabila permata seni tanah air itu pergi ke negeri abadi buat selamanya pada 9 Ogos lalu.
Setelah hampir 3 minggu berlalu, ramai di kalangan penyanyi yang telah memberikan penghormatan dengan menyanyikan semula beberapa lagu popular Allahyarham di ruangan maya.
Penyanyi Shiha Zikir misalnya antara penyanyi yang telah mendapat perhatian ramai apabila berkongsi satu rakaman video berkaitan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Shila menyampaikan 4 buah lagu iaitu Semakin, Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu dan Ke Hujung Dunia.
Menurut Shiha atau nama sebenarnya Norshiha Mohd Zikir, dia rasa sangat sukar untuk melakukan rakaman lagu penghormatan tersebut.
“TRIBUTE buatmu Kak @sitisarahraissuddin AL-FATIHAH Cover lagu yang paling susah untuk Shiha. Sedih teramat. Nak taip caption ni pun susah.
“Terima kasih sebab pernah hiburkan kami semua & tinggalkan kenangan yang terindah buat kami.
Shiha doakan moga abg @shuibsepahtu , anak2 & seluruh keluarga terus tabah.Aamiin Ya Allah..,” tulisnya.
Sekadar informasi, Sarah yang sedang hamil 7 bulan telah dijangkiti wabak Covid-19 telah disahkan meninggal dunia dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, pada 9 Ogos.
Foto: Instagram Shiha Zikir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Pakai Prada, Chanel, LV,”- Faezah Elai Selesa Gaya Sederhana, Mahu Istiqamah Pakai Tudung Tutup Dada

Pelakon Faezah Elai menekankan setiap pemakaian yang digayakan terletak pada penampilan setiap individu dalam menggayakannya.
Bukan hanya berladaskan pada sesebuah penjenamaan semata-mata, sebaliknya keserasian dan keselesaan pemakai ketika berfesyen perlu diutamakan.
Malah, bintang kelahiran Pulau Pinang itu juga mempunyai pandangan sendiri mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup aurat.
“My 2019 fashion style.. I studied fashion dulu.. 1 thing I understand about fashion is that,u dont need to wear Prada,Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable.. Is how u carry out the design.
“Fashion means u feel comfortable and confident..but sad pemahaman org kita,fashion means kena hi end ala2 omputih.. sampai kadang2 klu org luaq tgk,dia tk tau org yg pakai tu agama apa..
“I dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah, pakai seluaq or skirts, cause i dont judge people from what they wear. Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia, bukan baju dia, klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja.
“Tapi Rukun Islam pon tk penah buat, yg tu bukan islam, setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama,” kongsinya.
Dalam pada itu, Faezah,38, turut mengajak orang ramai untuk istiqamah berhijab dengan cara yang sempurna dan mematuhi syariah.
“Cuma, utk yg bertudung tu,bila org tgk,org tau hg tu islam.. tk kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon.. .
“Contoh mcm hakak, walaupon hakak mcm Jessica Alba,tp mmg tau dh hakak muslim.. klu Trumph tgk dia tembak teruih. Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat..
“You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulate my words hokey..
Moga kita teruih istiqomah,” akhirinya yang mula berhijab sekitar tahun 2015.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan perkongsian bintang tersebut.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Foto : Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penat-Penat Kumpul Duit Tapi Tak Dapat Nak…,” – Setelah Arwah Datuk Meninggal Akibat Covid-19, Muna Shahirah Akui Terkesan

Penyanyi, Muna Shahirah mengakui selepas pemergian arwah datuk tercinta, ia telah memberi kesan kepada dirinya.
Menurut Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi, arwah datuk menghembuskan nafas yang terakhir akibat jangkitan Covid-19, tahun lalu.
Katanya lagi, dia juga tidak berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama arwah datuk tersayang.
Lantas, ekoran situasi yang berlaku nyata telah memberi kesedaran buat penyanyi berusia 24 tahun ini untuk sentiasa menghargai masa dan peluang bersama keluarga.
“Tahun lepas saya tidak dapat nak beraya dengan arwah atuk, dia pergi sebab terkena Covid-19 jadi kita kena hargai masa yang ada sebab masa tidak boleh dibeli.
“Peluang pun tak akan datang dah dan kita pun tidak tahu selepas ini andai kata boleh ada balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebagainya.
“Jadi sebab itu kena selalu bersedia, hargai masa dan peluang yang ada untuk bersama keluarga kita,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu Teguh Setia ini tidak menafikan, dia sememangnya jarang meluangkan masa bersama keluarga dan pulang ke kampung, sebelum ini.
Jelasnya, hal tersebut berlaku oleh kerana dia terlalu sibuk dan fokus dengan tugas kerjaya seninya.
“Dulu saya jarang balik kampung sebab saya dah duduk di Kuala Lumpur ketika itu, kemudian sibuk pula dengan kerja semua.
“Jadi masa untuk balik kampung tu kurang, bila raya atau ada cuti panjang sikit baru lah dapat balik kampung. Sekarang ini memang mengajar saya untuk menghargai peluang yang ada.
“Penat-penat kumpul duit tapi tak dapat nak rasa bahagia tu. Sejujurnya, saya sangat penat bekerja malah bulan puasa pun jadual saya memang padat.
“Saya tak tahu lah nak cakap menyesal atau tidak, tapi apa yang berlaku membuatkan saya terfikir selepas dua tahun pandemik macam ni rasanya kalau kita tidak dapat peluang dan masa bersama keluarga,” luahnya.
Muna berkongsi hal tersebut ketika ditemui MH di majlis berbuka puasa anjuran syarikat rakaman FMC Music Sdn. Bhd. yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi, pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muna Shahirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI