Melakar sukses, jenama Markaz Tijaari milik pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa telah dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year.
Pengiktirafan itu telah diberikan oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.
Menurut PU Riz, 27, pencapaian tersebut bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.
“Alhamdullillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.
“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik.
“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemasks Nun Ha ini terjual dengan lebih dari 800,000 helai,” katanya.
Bersyukur dengan pencapaian tersebut, PU Riz turut menyifatkan kejayaan itu adalah rezeki Allah SWT meski berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.
PU Riz menerusi satu hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif sekeliling.
“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.
“Jadi kepada anda yang sedang atau mash lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau kawan lawan yang negatif, maka berhentilah Kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan.
“Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezki daripada Allah tidak boleh dihalang,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadi ‘Coach’ Bola Dalam Anak Rimau The Movie Selepas Mat Kilau, Beto Kusyairy Ulas Soal Bayaran
Tidak dinafikan, kredibiliti lakonan yang ditunjukkan aktor Beto Kusyairy menerusi mana-mana naskhah yang dilakonkan, termasuk filem Mat Kilau yang mencetuskan fenomena menjadi antara punca ada yang menyifatkan dia mungkin kini ‘demand‘ dari segi harga.
Bagaimanapun Beto berkata, kejayaan filem Mat Kilau tidak membuatkannya berubah dan dia masih seperti dulu.
“Saya masih Beto yang dulu, harga ditetapkan juga setimpal dengan kerja lakonan dan pengalaman dalam bidang seni. Saya bekerja bukan untuk diri sendiri, tetapi demi naskhah diamanahkan.
“Jika bekerja untuk karya, saya akan memberikan yang terbaik. Keikhlasan perlu ada dan itu antara sebab saya masih bertahan sehingga hari ini,” katanya.
Mengulas persepsi sesetengah peminat yang membandingkan lakonannya sebagai Wahid hingga ada yang mendakwa wataknya lebih menyerlah daripada watak utama, bagi Beto persepsi itu tidak adil.
“Watak Wahid ditulis skrip lebih banyak konflik dengan isteri, drama dan tragedi berbanding watak Mat Kilau lakonan Adi.
“Mat Kilau ditulis kurang dramatik. Justeru, tidak adil untuk peminat membandingkan siapa lebih menonjol atau sebaliknya,” katanya yang bakal muncul menerusi filem Anak Rimau The Movie September ini.
Berkongsi lanjut, Beto akui dia tidak risau filem lakonannya itu bertembung dengan filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa lakonan Adi di pawagam.
“Sebagai pelakon kita perlu meraikan kepelbagaian genre dalam industri. Dari segi genre sudah berbeza, filem Anak Rimau The Movie bergenre sukan, manakala Air Force Movie Selagi Bernyawa pula bergenre aksi,” katanya.
Beto menambah, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Areel Abu Bakar itu kerana tertarik dengan skripnya.
“Saya melakonkan watak jurulatih sukan bola sepak, iaitu Coach Zainal. Saya bukan pemain bola sepak, tetapi memang minat sukan bola sepak dan ada pasukan yang diminati.
“Jujurnya, saya hampir mewakili pertandingan Silat Olahraga peringkat remaja Selangor pada zaman sekolah dulu.
“Justeru, komitmen tinggi dan disiplin sebagai ahli sukan tidak asing bagi diri saya dan itulah saya praktikkan dalam filem ini,” katanya lagi.
Ditanya soal cabara, Beto bertuah kerana dapat menimba pengalaman bersama barisan pelakon baru yang juga pemain bola sepak muda kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang turut membintangi filem berkenaan.
“Mereka mendapat bimbingan dan bengkel lakonan dari guru lakonan terkenal, Fatimah Abu Bakar.
“Selain guru lakonan, kami juga dibantu jurulatih bola sepak dari AMD, Osmera Omaro yang juga penasihat dalam filem.
“Justeru, saya tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan barisan pelakon muda dari AMD kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dari segi dialog, penghayatan watak, lakonan dan sebagainya di lokasi penggambaran,” katanya.
Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.
Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD.
Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.
Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Ni Bukan Level Kacak, Pernah Kena Sound Tak Handsome,” – Idzham Ismail Dedah Pernah Ditegur Sebab Tiada Rupa
Mengakui bukan mudah untuk mendapat tempat dalam dunia lakonan, Idzham Ismail memaklumkan wajah yang sekadar biasa sukar memecah monopoli watak utama di kacak televisyen.
Kata Idzham Ismail lagi, dia sering kali menjadi bahan ketawa kerana asyik mendukung watak picisan.
Walau telah menghadiri banyak uji bakat sejak terjun dalam seni lebih tujuh tahun lalu, namun hanya watak jahat yang melekat.
“7 tahun aku berjuang, kenapa aku nak berhenti tengah jalan?
“Aku masuk dalam industri lakonan pon dengan cara tak sengaja . Bermula dengan nak cari duit lebih nak ride malam minggu .
“Bawak motor pergi set shooting jadi extra dapat payment simpan . Perlahan lahan dapat dialog dan disitu mula minat . Berkongsi pengalaman , kena bahan gais . Biasalah masa tu orang tengok aku jadi pokok je boleh.
“Casting berpuluh kali pergi dapat akhirnya cerita yang korang suka dulu. Juvana .
“Lepas Juvana senang ? Siapa cakap ? Dalam Juvana tu aku watak picisan je , supporting kecil tapi dapat kepercayaan director dan stesen utk bawa watak antagonis kecil,” tulisnya.
Tambahnya juga, lakonan membuatkan dia lebih menghargai kebolehan diri.
“Lepas tu bukan senang juga , lekat dengan antagonis bertahun-tahun , nak try watak lain orang tak percaya sebab dah lekat aku ni perogol penjenayah kaki rempit dan antagonis yang lain .
“Mengalah time tu ? Boleh je time tu aku nk tarik diri dari lakonan . Tak terlambat lagi time tu tp sebab aku minat , aku baru rasa acting tu bkn sebab PERHATIAN , bukan sebab POPULAR tapi lebih kepada explore identiti diri aku , lebih kepada explore watak yang aku sendiri tak terfikir nak buat in real life.”
Pernah ditegur gara-gara tidak sekacak pelakon lain untuk memegang watak utama, dia nekad mahu buktikan kenyataan itu tidak benar.
“Tahun 2018 nampak la upgrade dapat watak baik , watak kesian , alhamdulillah tahun ni dpt watak yang memang aku nak . Masih aku fight utk ke tangga paling atas dikalangan pelakon hebat-hebat walaupon aku sedar aku ni bkn level kacak , pernah kena sound aku ni tak handsome susah ni nak jadi hero .
“Apa ada hal, benda kecik je setakat sound tu aku jadikan kekuatan utk aku buktikan yang orang yang cakap aku mcm tu salah.
“2019 aku masih lagi fight sbb apa ?sebab minat aku dlm lakonan makin mendalam , aku pergi kelas lakonan walaupon aku dah bertahun jadi pelakon. Tak salah gais kalau kita nak dalamkan lagi ilmu kita dalam bidang kita.
“Inshaallah, berkat doa org sekeliling dan support aku dari dulu , aku akan banggakan diorang.
“Korang jangan cepat give dgn apa yang korang tgh usahakan . Mana tahu selapis dinding je lagi nak dapat “permata” korang dah give up . Kan rugi tu?,” jelas Idzham.
View this post on InstagramA post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Apa yang penting adalah usaha dan keyakinan. MH doakan semoga berjaya. Jangan putus asa.
Foto – Instagram Idzham Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berpeluang Jumpa Adik Adib…,” – Kanak-Kanak Minta Bapa Belikan Bola Futsal, Radin Era Terbaik! Hadiahkan Kasut Bola
Baru-baru ini, tular di platform media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan situasi seorang kanak-kanak yang berharap agar bapanya dapat belikan sebiji bola futsal.
Lantaran itu, bapa kepada kepada kanak-kanak berkenaan telah pun membuat kejutan dengan menunaikan permintaan anaknya itu.
Reaksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Azrull Adib saat menerima pemberian bapanya itu nyata menyentuh hati banyak pihak.
Antara yang turut sama terkesan saat menonton video tersebut termasuklah penyampai radio, Radin Era dan pelakon, Azad Jazmin.
Terbaru, Radin memaklumkan dia, Azad dan seluruh team Petang Era telah membuat kejutan untuk sekali lagi memberikan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola baru.
“Happy for you @azrulladib . Semalam team Petang Era @era.je, saya dan my brother man @azadsyaziraroses berpeluang berjumpa dengan adik Adib yang sebelum ini tular videonya inginkan bola dari ayahnya.
“Jadi kitorang pun plan nak hadiahkan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola untuk dia,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Radin, dia sememangnya berasa gembira apabila berpeluang untuk bertemu dengan Adik Adib dan menyerahkan sendiri hadiah tersebut.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, perasaan gembira jelas terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Radin, Azad dan seluruh team Petang Era akan dimurahkan rezeki.
“Terbaiklah korang.
“Memang sentiasa terbaik Abang Radin, Pak Azad dan seluruh team Era.
“Jom kita futsal dik. Awak boleh tapau Abang Radin.
“Thank you Era dan semua team yang terlibat.
Semoga sentiasa murah rezeki Radin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Radin dan Azad merupakan gandingan terbaru di stesen radio Era yang mengendalikan segmen Petang Era bermua jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI