Pelawak Fad Bocey dan isteri, Syaheera Rahman memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata kelima.
Berkongsikan berita gembira itu di akaun TikTok miliknya, Syaheera berkata dia tidak menyangka sekali lagi akan dikurniakan rezeki zuriat.
Malah, menerusi perkongsian itu juga, Syaheera, 29, turut mendoakan buat wanita yang masih berjuang menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupanya lima, rezeki anak kita percaya.
“Kepada semua yang sedang menantikan kehadiran zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan kelimanya itu, Syaheera menyatakan dia tidak mengalami sebarang tanda atau alahan yang menunjukkan dia sedang berbadan dua.
Selepas melakukan ujian kehamilan, barulah dia mengalami pelbagai alahan yang biasa dialami di trimester pertama.
“Kalau tak scan, tak buat ujian elok pula. Tapi sudah tentu kita kena buat ujian untuk lebih berhati-hati.
View this post on Instagram
“Maka, lama saya menyepi sebab inilah, dalam kereta, dekat kedai makan, depan rumah, apatah lagi dalam tandas, semuanya rasa nak termuntah,” tulisnya.
Untuk rekod, Fad, 32, dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata iaitu sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5, dan Ibrahim Jibriel, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI