Besar dan banyak kelebihannya apabila mengucap kalimah Laa Ilaha Illallah. Apatah lagi jika membasahkan lidah dengan zikrullah setiap hari.
Umat Islam sememangnya digalakkan untuk sentiasa menyebut perkataan yang baik-baik dan zikir yang tidak lekang di bibir setiap hari. Salah satunya ialah menerusi kalimah agung Laa Ilaha Illallah.
Laa Ilaha Illallah yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan akidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.
Selebriti jelita pengasas empayah Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Neelofa menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya pernah menyampaikan kelebihan di sebalik kalimah tersebut.
“Nabi Muhammad SAW bersabda pada satu hari Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku, ajarkanlah kepada aku sesuatu yang dapat aku mengingatiMu dengannya dan menyeruMu dengannya.
Allah SWT berfirman, “Sebutlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Seluruh hambaMu mengucapkan kalimah ini.”
Allah SWT berfirman, “Ucapkanlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhanku, Aku ingin sesuatu yang engkau khaskan untuk aku.”
Berkongsi pengalaman sendiri, isteri kepada Haris Ismail ini berkata ada ketika dia merasakan amalan zikirnya sia-sia dan tidak menghayati sepenuh jiwa. Lantas, mengajukan pertanyaan tersebut kepada ustazah yang mengajarnya.
“Bila baca lailaha ilallah tak feel, kadang-kadang lalai. Tapi ustazah mengatakan tiada yang sia-sia bila keberkatan dengan ibadah. Kadang-kadang terdengar hasutan syaitan… bazir masa, bukannya menghayati maksud ini.
Tapi ustazah kata percaya dan yakinlah walau pun pada pandangan mata kita sia-sia dan kita rasa benda tu tidak dikira sebagai amalan, lama-kelamaan jasad kita dan perbuatan kita ini akan membantu untuk kita lebih feel atau lebih merasai apa yang kita ucapkan.”
Tambahnya lagi, “Sepatutnya zikir, kita kena hayati baru dikira sebagai amal ibadat. Kalau selawat, tak hayati pun dikira pahalanya. Sebab itu saya pernah bertanya kepada ustazah dan rasa sia-sia dan tak feel.
Ustazah kata, tidak ada yang sia-sia di mata Allah. Just continue jangan pula kita rasa tak feel dan kita stop. Benda itu akan membantu kita lebih feel.
Kadang kala berzikir macam kejar kuantiti tapi lepas mendalami dan baca kitab, ada kalanya buat sedikit pun tak mengapa. Dulu saya boleh buat zikir 10 ribu, 5 ribu sehari beristighfar tapi fikir balik, nak kejar apa sebenarnya bagi nak lebih impak.”
MashaAllah, kagum dengan usaha Neelofa dalam menyampaikan dan mengejar saham akhirat.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail, nampak perubahan dari diri Neelofa bahkan pasangan ini turut rancak mengemudi empayar niaga mereka Nunha dengan pelbagai rangkaian produk islamik dan sebagainya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Neelofa