
Pelakon, Fadlan Hazim hari ini secara terbuka mendedahkan dirinya kini sebenarnya berdepan masalah dari segi kesihatan mental.
Menurut Fadlan, dia pendamkan perkara tersebut selama ini iaitu sejak dari zaman remajanya lagi.
Malah, bintang ini difahamkan turut mengelak untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan.
“I’ve been hiding my mental disorder and avoiding to seek professional help since my teenage years.
“I thought I’m doing okay, how stupid of me! now it’s time.
“Doakan yang terbaik untuk saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon berusia 28 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif buat Fadlan selain turut menasihatinya supaya segera mendapatkan rawatan pakar.
Selain Sangkar, Fadlan turut pernah membintangi beberapa buah filem lain antaranya Jibam dan Banglo Berkunci.
Sumber: Instagram Fadlan Hazim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHTRIVIA Pejam Celik, Dah 15 Tahun! Ini Fakta Boom Filem Hingga Hujung Nyawa. Erra Dimekap Tua!

Filem berjudul Hingga Hujung Nyawa pernah menjadi tumpuan industri perfileman suatu ketika dahulu dan kekal diingati sehingga kini.
Jadi, jom kita ‘throwback’ mengenai filem yang pernah mencipta fenomena ini!
Filem Hingga Hujung Nyawa merupakan sebuah filem terbitan David Teo dan arahan oleh A.Razak Mohaideen.
Watak utama filem ini dibintangi pelakon yang Erra Fazira dan Yusry Abd. Halim serta dibantu pelakon berbakat besar lainnya seperti Khatijah Tan, Abu Bakar Omar, Farid Kamil dan ramai lagi.
Menariknya, filem ini merupakan antara filem awal di Malaysia yang mengunakan kesan khas solekan dari kru luar negara bagi transformasi wajah Erra Fazira bagi mendukung watak seorang wanita tua berusia 78 tahun.
Kos untuk kesan khas solekan berkenaan dikatakan mencecah kos sehingga RM350,000.
Filem ini berkisar mengenai seorang anak derhaka kepada kedua-dua orang tuanya dan telah ditayangkan pada 22 Julai 2004.
Setelah ditayangkan dipawagam filem tersebut l berjaya meraih kutipan lebih RM4 juta.
Selain itu, lagu tema untuk filem ini yang telah dinyanyikan oleh pelakon Yana Samsudin.
Sumber : Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Saya Belajar, Kita Kena Beli Jiwa Juri & Penonton,” – Ayda Jebat Enggan Kongsi Kos THSS, Rancang Buat Konsert!

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akui puas apabila dapat menyempurnakan dua tugasan mencabar di pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS) meskipun harus berpuas hati selaku naib juara.
Menurut Ayda, pada pusingan akhir ini, kesemua finalis mempunyai peluang sama rata untuk menunjukkan kemampuan mereka.
“Kalau ikutkan, pada malam final ini, saya dapat tempat ke berapa pun saya tak kisah. Bila sudah dapat dua tugasan yang agak susah dengan jayanya tanpa ada kecederaan, itu sudah dikira satu kemenangan.
“Nak menjayakan satu persembahan dengan baik pun dah susah, nak buat dua persembahan dengan orang lain yang juga punyai kelebihan dan kekurangan juga sangat mencabar.
“Malah, kita juga perlu cari keserasian. Semalam Aisha Retno cedera. Gimik kami sepatutnya lain. Saya tak boleh nak paksa dia.
“Tapi dia tetap nak buat stunt yang agak susah. Bila kami berjaya buat, rasa seperti sudah menang,” katanya kepada MH ketika sesi sidang media THSS pada Ahad.
Diminta mengulas mengenai komen ketua juri Edry Abdul Halim yang menyifatkan konsep persembahan solonya yang kurang menyerlah, Ayda memaklumlan dirinya berusaha untuk keluar daripada zon selesa.
“Adat pertandingan, ada yang menang dan kalah. Apa yang saya belajar di program ini, kita kena beli jiwa juri dan penonton.
“Apa yang saya persembahkan tadi, saya nak tunjukkan tahap paling susah dengan membawa budaya orang lain. Kalau nak senang, saya nanyi lagu dangdut je.
“Mungkin malam ini rezeki Epul. Dia buat dengan sangat baik dan layak untuk menang. Dalam pertandingan, bila rehearsal, kita nampak persembahan mereka biasa sahaja tapi bila hari konsert, persembahan mereka gempak. Kita tak boleh agak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagi Pencuri Hati ini enggan mengulas lanjut saat ditanya mengenai jumlah kos yang telah dibelanjakan sepanjang bertanding di THSS.
“Kalau boleh saya tak nak bercakap soal kos. Kalau tak cakap pun, orang di luar sana boleh jangka jumlahnya. Saya bukan tabur duit semata sebab nak menang tapi inilah diri saya.
“Bukan ketika pertandingan atau dalam tv sahaja, malah ketika persembahan di luar, saya sangat teliti soal penampilan, konsep persembahan, baju penari, make up dan stail rambut.
“Saya tak mahu imej penyanyi dikatakan selekeh atau sambil lewa. Apa yang dipersembahkan, harus tampak eksklusif,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut mendedahkan fokusnya kini adalah untuk mengadakan konsert solo pada masa akan datang.
“Sasaran saya selepas ini adalah untuk mengadakan konsert sendiri. Kenapa tidak kita belanjakan untuk konsert kita sendiri dan kita juga dapat hasilnya.
“Jadi, saya berharap dengan apa sahaja persembahan yang telah saya tunjukkan sepanjang menyertai pertandingan, orang di luar sana akan beli tiket,” akhirinya.
Terdahulu, Ayda telah dinobatkan selalu naib juara THSS dengan perbezaan markah yang sangat tipis iaitu 1.49% dengan juara Aepul Roza.
Kemenangan tersebut membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Masuk List ‘Blockout’, Baru Terhegeh…,” – Ramona Zamzam Selar Individu Terkenal, Anggap Tak Ikhlas

Pelakon Ramona Zamzam mengkritik tindakkan individu-individu terkenal yang ketika ini memuat naik hantaran berkaitan konflik di Palestin hanya selepas nama mereka disenaraikan dalam gerakkan boikot.
Menurut Ramona, dia menyifatkan tindakkan itu sebagai tidak ikhlas kerana selama ini, mereka hanya berdiam diri meskipun mempunyai pengaruh media sosial yang besar.
“Saya suka dengan apa yang saya lihat sekarang. Sesetengah daripada anda tidak pernah pun membuat sebarang hantaran mengenainya (insiden di Palestin).
“Sekarang dah masuk list ‘Blockout’, baru terhegeh-hegeh nak upload. Nak tahu tak? Saya tak percayakan anda. Anda tak ikhlas dan tak pernah kisah.
“Saya tidak akan terpedaya dengan hantaran saat akhir kalian. Sekarang baru nak cakap fasal Gaza,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Love Elsa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, mereka yang terkenal ini lebih mementingkan wang dan populariti berbanding mengambil peduli mengenai kekejaman yang berlaku di negara bergolak itu.
“Selama ini, setidak-tidaknya anda sepatutnya sudah menggunakan platform anda untuk bercakap mengenainya.
“Yelah, bukan anda yang dibunuh dan dibom. Yang anda kisahkan hanyalah duit dan popular. Kepada yang gilakan duit, anda tidak akan temui cinta sejati.
“Tak kisah langsung fasal anak-anak kecil yang mati. Tak nak kisah dan kalian lebih suka jalani hidup yang selesa. Berbakat atau tidak, kita lihat sendiri bagaimana anda jatuh,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ramona turut menyeru orang ramai supaya memboikot dengan berhemah dan tidak bertindak secara keterlaluan.
“Dan netizen pun, tak payah la nak maki atau kecam di platform media sosial mereka. Jika anda benar-benar ikhlas nak memboikot mereka, lakukan dengan pfofesional. Tolong jadi orang yang bertamadun.
“Sama macam korang boycott starb, tapi drive thru pegi prank orang yang kerja dekat situ. Untuk apa? Tahu tak tindakan itu bodoh.
“Terpaling sucikah kau pegi kacau orang yang tengah kerja? Salah dah matlamat itu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ramona telah berkahwin dengan suami yang berasal daripada Palestin dan kini memiliki seorang cahaya mata.
Romona juga sering berkongsi mengenai keluarga mertuanya di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI