Terkenal dengan kandungan-kandungan lucu berkaitan isu semasa di platform media sosial, pelakon Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf sekiranya perkongsiannya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Menurut Fadzil, dia sedar kandungan tersebut ada kalanya berlebihan dan membuatkan orang lain berasa tersinggung.
“Bersempena hari yang baik ini, saya nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati, sakit hati dan tak suka dengan saya terutamanya menerusi posting-posting dan konten yang pernah saya buat di media sosial.
“Seperti contoh, bila saya buat suntingan gambar atau video, kalau ada yang terasa hati, saya nak minta maaf secara terus kepada anda,” katanya.
Permohonan maaf tersebut dikongsi oleh suami kepada pelakon Yana Samsudin itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Jumaat.
Ads
Katanya lagi, disebabkan hal ini juga, dia kini kurang memuat naik hantaran di media sosial.
“Saya juga sudah lama tidak terlalu aktif di media sosial. Saya sudah tiada rasa untuk berkongsi apa-apa. Saya berfikir panjang dalam soal ini.
Ads
“Bila kita upload posting itu dulu, kita rasa biasa sahaja tapi bila baca semula komen-komen, timbul rasa bersalah,” ujarnya.
Akan Buat Permohonan Maaf Secara Peribadi
Pada masa sama, Fadzil turut memaklumkan dia juga akan cuba untuk membuat permohonan maaf secara peribadi kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan hantarannya sebelum ini.
Ads
“Jadi, saya nak ambil peluang ini untuk memohon maaf pada semua termasuk segelintir individu. Kalau ada saya nombor untuk dihubungi, saya akan Whatsapp atau DM secara direct.
“Selepas ini, saya akan berusaha untuk mengelakkan posting-posting yang boleh buat orang terasa hati. Diharapkan kita tiada sangkut apa-apa lagi,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penemuan menakjubkan kerana sekitar 19 tahun di lautan dan masih belum terurai. Lebih teruk, bayangkan jika plastik ini dimakan oleh hidupan laut.
Mengambil entri yang dimuat naik kwp.my, plastik yang tertera tulisan Indo Mie ini ditemui dengan tulis ‘dirgahayu Indonesia 55’ sedangkan Indonesia sudah pun 74 tahun merdeka.
“Panjangnya umur plastik ni…Indonesia dah 74 tahun merdeka. Plastik Indo Mie ini ditemui di pantai dan tertulis di atasnya ‘dirgahayu indonesia 55’.
“Dah 19 tahun ia terapung di laut. Bayangkan jika sampah plastik yang kita buang semalam dan hari ini akan kekal sehingga berpuluh tahun lagi.
“Jom kurangkan penggunaan plastik dari sekarang! beralih kepada produk biodegrasi dan bawa beg beli belah anda sendiri! #KWPBiodegradasi #Biodegradasi #BYOB
#Repost nasutionbooks.id
“19 tahun di lautan dan masih belum terurai ? tau gak sih kalo sampah plastik itu butuh ratusan tahun buat terurai. Parahnya lagi Indonesia merupakan negara pengguna sedotan plastik terbanyak (93 juta batang / hari) padahal jenis sampah ini termasuk 1 dari 10 sampah pencemar lautan paling banyak.
“Yuk kurangi penggunaan plastik, hal kecil seperti tidak menggunakan sedotan plastik saat minum, sangat berarti loh,” kongsi Maya.
Nyatanya, situasi tersebut pasti akan membahayakan hidupan laut. Apapun, hanya beberapa saat diperlukan untuk membuang sampah ke tempat sepatutnya. Sayangi alam sekitar.
Foto – Instagram Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sekeping klip menunjukkan pasangan pengantin baru, Nelydia Senrose dan suami, Hafez, Uqasha dilihat menyakat adiknya yang kelihatan malu-malu.
Video yang dimuat naik di Insta Stories itu memaparkan Nelydia dan Hafez sedang berada di sebuah bilik sedang bersiap.
“Kehidupan rumah tangga suami isteri. Tak payah nak sorok-sorok lagi.
Nelydia dan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, diiijabkabul pada 6 April 2019 dan dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Foto – Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi khabar gembira untuk penonton setia drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah disiarkan di saluran TV3.
Dalam pada itu, Adi mengakui ramai yang kurang senang dan berpuas hati penamat jalan cerita drama tersebut.
Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bakal menemui penonton dalam versi telefilem tidak lama lagi.
“EZLAN kembali!!! Saya tahu ramai tak puas hati ending crita AKU YANG KAU GELAR ISTERI.
“Now its the finale in telemovie. Coming Soon!!! @tv3malaysia @tanahberisfilmproduction
Sekadar informasi, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama rantaian 15 episod yang berkisahkan amalan syirik dalam rumah tangga itu telah disiarkan di slot Samarinda, TV3 beberapa bulan yang lalu.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.