Hiburan

Fadzil Zahari Mahu Berhenti Buat Kandungan ‘Troll’ Di Media Sosial, Mohon Maaf Jika Sakitkan Hati Banyak Pihak

Share

Terkenal dengan kandungan-kandungan lucu berkaitan isu semasa di platform media sosial, pelakon Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf sekiranya perkongsiannya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

Menurut Fadzil, dia sedar kandungan tersebut ada kalanya berlebihan dan membuatkan orang lain berasa tersinggung.

“Bersempena hari yang baik ini, saya nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati, sakit hati dan tak suka dengan saya terutamanya menerusi posting-posting dan konten yang pernah saya buat di media sosial.

“Seperti contoh, bila saya buat suntingan gambar atau video, kalau ada yang terasa hati, saya nak minta maaf secara terus kepada anda,” katanya.

Permohonan maaf tersebut dikongsi oleh suami kepada pelakon Yana Samsudin itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Jumaat.

Katanya lagi, disebabkan hal ini juga, dia kini kurang memuat naik hantaran di media sosial.

“Saya juga sudah lama tidak terlalu aktif di media sosial. Saya sudah tiada rasa untuk berkongsi apa-apa. Saya berfikir panjang dalam soal ini.

“Bila kita upload posting itu dulu, kita rasa biasa sahaja tapi bila baca semula komen-komen, timbul rasa bersalah,” ujarnya.

Akan Buat Permohonan Maaf Secara Peribadi

Pada masa sama, Fadzil turut memaklumkan dia juga akan cuba untuk membuat permohonan maaf secara peribadi kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan hantarannya sebelum ini.

“Jadi, saya nak ambil peluang ini untuk memohon maaf pada semua termasuk segelintir individu. Kalau ada saya nombor untuk dihubungi, saya akan Whatsapp atau DM secara direct.

“Selepas ini, saya akan berusaha untuk mengelakkan posting-posting yang boleh buat orang terasa hati. Diharapkan kita tiada sangkut apa-apa lagi,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari

Published by
Aizam Manaf