Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun namanya kurang dikenali berbanding rakan pengacara lain.

Bagi Fadzly, apa yang lebih penting adalah minat yang disusuli dengan usaha dan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT.

“Saya tak ada perasaan ralat bila orang kurang mengenali saya. Tak ada rasa sebegitu. Saya percaya rezeki untuk dikenali belum sampai.

“Kadang-kadang saya pun rasa suka dengan keadaan sebegini, kurang dikenali.

“Apa yang penting, saya lunaskan kerja saya dan saya mendapat bayaran. Alhamdulillah, setakat ini mereka yang memberi tawaran pengacaraan berpuas hati dengan hasil kerja saya,” katanya.

Ads

Rezeki Sepanjang Puasa

Sementara itu, Fadzly atau lebih mesra disapa Ahfad ini turut mengakui jadualnya sepanjang Ramadan dipenuhi dengan pelbagai ‘job’ pengacaraan, terutamanya di festival beli-belah terkenal menjelang Hari Raya.

“Saya bersyukur kerana sepanjang Ramadan, selain kerjaya sebagai hos televisyen, saya sibuk menjadi pengacara festival beli-belah terkenal seperti Starvendors dan beberapa acara serupa.

“Kadang-kadang tak cukup tidur, tapi saya suka apa yang saya lakukan,” ujarnya lagi yang sentiasa bersyukur atas rezeki yang ada.

Ads

Bukan sahaja Ramadan, malah bulan Syawal juga turut membuka lebih banyak peluang buatnya apabila dia turut menerima tawaran sebagai pengacara rumah terbuka.

Fadzly Fuad Tak Ralat Kurang Glamor, Tetap Syukur Ada Rezeki Pengacaraan – “Yang penting, Saya Lunaskan Kerja…” Fadzly Fuad Tak Ralat Kurang Glamor, Tetap Syukur Ada Rezeki Pengacaraan – “Yang penting, Saya Lunaskan Kerja…”Fadzly Fuad Tak Ralat Kurang Glamor, Tetap Syukur Ada Rezeki Pengacaraan – “Yang penting, Saya Lunaskan Kerja…”

Ads

Harapan Untuk Terus Aktif

Walaupun rezekinya ada pada bulan Ramadan dan Syawal, Fadzly mengakui tawaran untuk mengendalikan acara secara langsung agak berkurang di bulan-bulan lain.

“Saya suka mengacarakan acara secara langsung di majlis-majlis luar kerana ia dapat mengasah kebolehan saya sebagai hos.

“Saya berharap rezeki saya melimpah dan mendapat tawaran sama di bulan-bulan lain, Insya-Allah,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI