Tahniah diucapkan kepada hos, Dayah Bakar, yang telah pun selamat melahirkan zuriat kedua lelakinya, semalam.
Perkongsian gembira tersebut dimaklumkan pengacara berusia 34 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Dayah turut mengucapkan terima kasih atas semua titipan doa yang dilayangkan.
Dayah bagaimanapun setakat ini belum berkongsi wajah dan nama bayi keduanya yang diberi gelaran manja ‘Baby Adik’.
“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. 29/12/2023, dengan limpah kasih dan kebesaran Nya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11:01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan baik.
“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya.
“We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah. P/s: Its another hero (kami terharu dengan kasih sayang yang tidak terhingga dan sangat bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ya Allah. P/s: Seorang lagi hero),” tulisnya.
Terdahulu, menerusi perkahwinan dengan Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018, pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Jadi Baik Bila Saya Tiada Disisi,”- Akui Sukar Berjauhan, Intan Najuwa Rindu Si Tunang
Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa rindu kepada tunangnya, Razrul Anwar Rusli kerana Intan kini berada jauh disisinya.
Difahamkan, Intan kini berada di Langkawi bagi menjalani pengambaran sebuah drama.
“Missing my fiance. Please be good when I’m not around. I hate being far from you.
“But I understand, we are working hard to achieve our life goals. Love you always!,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen meminta agar pelakon Tuan Daniel ini menutup ruangan komen supaya dapat mengelakkan kecaman dari netizen.
Di samping itu, ada juga yang mendoakan agar mereka disatukan hingga ke jinjang pelamin.
Terdahulu, Intan telah memuat naik video bersama, bagaimanapun entri tersebut dipadam Intan kerana tidak tahan dengan kecaman netizen.
Imbas kembali, Intan,22 dan Razrul,38, mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 19 Ogos lalu.
Foto : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Famili Kat Kelantan Ada Hotel Mawar Dan Kedai Emas Mawar, Tapi Bahagia Tu Tak Lama,” – Mawar Rashid Dedah Kisah Keluarga Yang Jarang Diceritakannya…
Mawar Rashid menerusi Instagram ada mendedahkan cerita mengenai latar keluarganya yang mungkin tidak pernah dikongsikannya dalam mana-mana temu bual sebelum ini.
Malah tulisnya di ruangan kapsyen, situasi yang pernah dihadapi ibunya, Datin Marinee Abdullah antara jadi punca serta penguat semangat untuknya menceburkan diri secara serius dalam bisnes.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini lagi, ibunya membesarkan anak secara sendirian semenjak kehilangan suami lebih 20 tahun lalu.
“Mawar tak pernah cite story ni sebenarnya. Kisah pahit, kisah gelap, kisah kelam, yg dilalui oleh mummy Mwr .. (ikutkan hati, nak type cerite ni, mengalir air mata ni..)
”Tapi nak cerita jgak, sebab ianya bagi kesan besar sungguh kat mwr sampailah ke hari ni. Dan sbb tu, mwr sungguh2 utk buat bisnes ni.
”Dulu, kehidupan mummy mwr awalnya, mmg senang. masa dgn arwah papa Mekwa, Dato’ Wan Abdul Rashid. mmg sng, sampai kan atas kerja kuat mummy Mawar, famili ktrg kat Kelantan tu ada hotel.. HOTEL MAWAR DAN KEDAI EMAS MAWAR namanya.. (time tu mummy tengah pregnantkan mawar sbb tu letak nama mawar).
“Tapi, sng tu tak lama, bahagia tu tak lama. Umur Mekwa 5 tahun, jodoh papa ngan mummy tak panjang.. lepas tu, lepas umur mek 12 thn, pa meninggal dunia. Jujur kata Mekwa sendiri pon tak sempat rasa ksih syg dari papa,” tulis Mawar.
Lalu semenjak itulah, ibunya membanting tulang, membesarkan anak-anak dan pernah berdepan situasi sukar.
”Lepas tu, Mummy start jd single mom masa umur Mekwa 5tahun. Time tu la mummy lalui pelbagai ujian dan bnyk sangat berkorban untuk anak2.
”Tapi, tapi pernah skali dalam hidup Mekwa nampak air mata mummy mengalir depan mekwa.
”Can you imagine? Mummy jaga kitorg dengan titik peluh dia seorang diri. Mkn nasi lauk telur jer. kitorg adik beradik.. takde duit skolah. Tapi sedih, time kite tengah susah, tak de orang dtg nak tolong pun.
”Tahu nak caci nak hina nak fitnah mummy ada lah. Cakap macam2. Bayangkan mummy Mwr ni dah la asal dari Thailand, dgn die yg pelat2, dia kat sini sorg2. Family mummy semua pun ada kat thailand. Dia Usaha usaha dan usaha untuk besarkan anak2 dia.
”You are so strong mummy. Dari situlah Mwr dah tanam dalam hati. “YA ALLAH YA TUHANKU, AKU KESIANKAN MUMMY YA ALLAH.. MUMMY KEJE KUAT UTK KAMI SEKELUARGA.. HARTA2 YANG MUMMY USAHA HABIS LESAP DIAMBIL ORG, TAK DPT KE KAMI SKLUARGA.. AKU NOK UBAH FAMILI AKU!!”.
”Ni lah sebab Mwr buat bisnes skrg ni, blaja btul2 bisnes, Sbb nk balas balik jasa mummy yg besarkan kitorg dgn penuh pengorbanan & kasih syg.
”Kakak2 and abg2 mwr pun bnyk berkorban to our family! I love you so much mummy & famili (TO BE CONTINUE). Doakan utk mwr berjaya dlm bisnes ok. Kita sama2 ubah hidup famili kita,” maklumnya panjang lebar.
Turut dipautkan pada kapsyen tersebut ialah foto lama mereka sekeluarga.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disyaki Lakukan Penipuan Cukai, Shakira Bakal Diheret Ke Mahkamah
Lama tidak mendengar khabar penyanyi popular latin yang mencipta nama keseluruh pelusuk dunia ini. Dia yang popular dengan lagu-lagu rancak seperti Hips Don’t Lie dan juga pemenang tiga anugerah Grammy ini khabarnya bakal dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki melakukan penipuan cukai bernilai lebih RM72 juta ringgit.
Hakim Mahkamah di Barcelona, Sepanyol telah memutuskan yang penyanyi asal Colombia ini boleh didakwa kerana mengelak membayar cukai pada tahun 2012, 2013 dan 2014. Menurut majistret penyiasat terdapat bukti kukuh menyokong keputusan ini.
Hakim Marco Jesus Juberias menulis bahawa bintang tersebut telah tinggal lebih dari 200 hari di Sepanyol dalam setiap tiga tahun tersebut, menjadikannya bertanggungjawab membayar cukai di negara itu. Juberias mengatakan bahawa dalam siasatan setakat ini agensi cukai Sepanyol dan peguam Shakira telah berdebat mengenai makna ‘kediaman utama’ untuk penyanyi tersebut.
Media tempatan Sepanyol melaporkan, pasukan pembelaan Shakira berhujah yang kediaman rasmi penyanyi tersebut terletak di Bahamas. Namun pihak media tempatan menyatakan yang dia turut memiliki rumah di kawasan Barcelona bersama dengan pasangannya yang merupakan pemain bola sepak, Gerard Pique.
Kes ini berlanjutan apabila Hakim di mahkamah yang terletak di Esplugues de Llobregat menyatakan yang Shakira bersama dengan penasihat kewangannya telah menggunakan beberapa syarikat di luar negara untuk menyembunyikan sumber pendapatannya yang sebenar dalam tahun yang disebutkan.
Dalam maklum balas kepada CNN, wakil penyanyi itu menyatakan yang mereka sudah menjangkakan apa yang bakal terjadi. Pasukan undang-undang Shakira tetap percaya dan akan berkolaborasi dengan pihak Hakim dan tidak akan memberikan komen lebih lanjut mengenai perkara ini.
Untuk pengetahuan pembaca, undang-undang Sepanyol mewajibkan mereka yang tinggal lebih 183 hari di negara itu membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sumber: CNN, USA Today Sumber gambar: Instagram Shakira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI