Berita

Fahri Sudah Jadi Abang, Pengacara Dayah Bakar Selamat Lahirkan Zuriat Kedua – “Its Another Hero!”

Share

Tahniah diucapkan kepada hos, Dayah Bakar, yang telah pun selamat melahirkan zuriat kedua lelakinya, semalam.

Perkongsian gembira tersebut dimaklumkan pengacara berusia 34 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Dayah turut mengucapkan terima kasih atas semua titipan doa yang dilayangkan.

Dayah bagaimanapun setakat ini belum berkongsi wajah dan nama bayi keduanya yang diberi gelaran manja ‘Baby Adik’.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. 29/12/2023, dengan limpah kasih dan kebesaran Nya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11:01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan baik.

“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya.

“We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah. P/s: Its another hero (kami terharu dengan kasih sayang yang tidak terhingga dan sangat bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ya Allah. P/s: Seorang lagi hero),” tulisnya.

Terdahulu, menerusi perkahwinan dengan Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018, pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH