Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail manafikan dirinya sudah berkahwin lain ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada tahun 2022 seperti yang didakwa oleh seorang individu yang mengaku sebagai saksi.
Menurut Faizal, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan air mukanya.
“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu tidak benar. Saya difitnah dan individu terbabit mempunyai niat nak menjatuhkan saya,” katanya kepada MH.
Memurut Faizal lagi, pada ketika itu, dia sedang menunaikan ibadah umrah diatas kapasiti sebagai duta bagi sebuah agensi pakej umrah.
Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sedang mengalami beberapa masalah untuk menguruskan para jemaah pada waktu itu.
Katanya lagi, disebabkan hal tersebut, dia turut terkena tempiasnya
“Sebenarnya, pada ketika itu, saya bersama dengan seorang ustaz dan memang ada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini melibatkan pakej umrah.
Ads
“Syarikat itu juga sebenarnya sedang bermasalah pada ketika itu. Saya juga mengalami tekanan kerana ada pihak yang menggunakan cara tertentu untuk untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Disebabkan hal itu juga, hubungan saya dengan pihak agensi pelancongan menjadi renggang,” kongsinya lagi.
Penyampai radio, Zayyan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah dia bakal mengambil tindakan undang-undang, Faizal memaklumkan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Ads
“Tidak. Dia sendiri pun dalam masalah. Jadi, jangan tambahkan lagi. Ketika itu, hubungan kami agak renggang.
“Saya banyak salahkan dia sebab jemaah banyak tumpukan masalah mereka kepada saya.
“Jadi, ketika itu, dia pun mungkin dalam tekanan. Jadi, dia kena buat satu cerita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal mendedahkan keharmonian rumah tangganya tidak terjejas disebabkan khabar angin tersebut.
“Isteri saya okay sahaja. Kalau hal melibatkan poligami ini, isteri saya tiada masalah dan tidak menolak sepenuhnya.
Ads
“Malah, kalau benar saya nak berkahwin lain atau berpoligami, saya akan berterus terang dengan dia,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Faizal akui tidak berani untuk mengulas sama ada dia bakal berpoligami pada masa akan datang kerana segalanya merupakan kententuan Illahi.
“Saya tak boleh ulas hal itu sekarang tapi akan datang, kita sendiri tak tahu kerana kita hanya manusia. Ada yang kata, orang yang banyak bercakap ni, mereka tak berani buat.
“Namun, mereka yang senyap tu, tiba-tiba mereka yang berkahwin,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal bakal bergandingan bersama penyanyi, Mawi untul mengacarakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.
Majlis makan malam ini juga diadakan bagi mengumpul dana bagi menampung kos operasi pusat tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa’ Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.
Konsert ini bakal menampilkan barisan selebriti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi WOW dan Anjang Terrarossa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang popular Hollywood, Goerge Clooney mendedahkan dia telah menghadiahkan 14 orang teman rapatnya dengan wang berjumlah satu juta dollor setiap seorang.
Menurut laporan The Telegraph, kisah yang telah menjadi buah mulut selama bertahun-tahun itu telah disahkan sendiri oleh Clooney sewaktu ditemu ramah bersama majalah GQ baru-baru ini.
Difahamkan Clooney memperoleh wang tersebut selepas kejayaan filem sains fiksyen dan thriller, Gravity yang berjaya memecah rekod box office pada tahun 2013.
Pada ketika itu, Clooney dikatakan memilih untuk mengambil peratusnya daripada jumlah kutipan filem tersebut berbanding bayaran daripada hasil lakonannya.
“Saya fikir, apa yang saya ada adalah kawan-kawan yang sentiasa ada dengan saya. Sepanjang 35 tahun ini, mereka telah membantu saya dalam pelbagai cara.
“Saya pernah tidur di sofa kepunyaan salah seorang dari mereka ketika saya tiada duit. Mereka juga sering pinjamkan saya duit ketika saya terdesak. Merekalah yang banyak membantu saya selama ini.
“Kami merupakan sahabat baik. Tanpa mereka, saya mungkin tiada apa yang saya ada sekarang,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas pelakon filem, Batman And Robin itu lagi, ketika dia ingin menyerahkan duit tersebut, dia telah menjemput kesemua rakannya itu ke rumahnya.
“Pada ketika itu saya hanya memegang peta dan menunjukkan pada mereka kesemua tempat-tempat yang saya telah saya lawati di dunia ini dan kesemua ini terjadi kerana mereka.
“Saya berkata dalam diri bagaimana saya nak balas jasa mereka. Kemudian saya terfikir bagaimana dengan wang berjumlah 1 juta dollar seorang,” akhirnya
Sumber: The Telegraph
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa mencipta sukses tersendiri apabila penjualan tiket pra-jualan Konsert Rossa: Here I Am yang dibuka pada 11 November lalu bermula jam 3.00 petang menerusi platform Ticket2U habis terjual dalam tempoh tiga jam.
Lebih mengujakan, tiket bagi kategori Festival pula ‘licin’ dalam masa 4 minit, sekaligus membuktikan pengaruh dan populariti penyanyi lagu Hey Ladies ini masih kuat di negara ini.
Sinonim dengan barisan lagu hits yang turut popular di Malaysia, penampilan Rossa di dalam sebuah konsert berskala besar pastinya menjadi antara momen yang dinantikan peminat setianya.
Konsert Rossa: Here I Am di Kuala Lumpur yang bakal dilangsungkan pada 14 Jun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment.
Antara lagu yang bakal disampaikan Rossa di dalam konsert itu nanti termasuk Nada-Nada Cinta, Pudar, Hati Yang Kau Sakiti, selain segmen persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut nanti.
Meluahkan rasa teruja, Rossa akui tidak sabar untuk kembali membuat persembahan konsert di Malaysia.
“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.
“Sokongan peminat di sini sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” katanya.
Rossa juga baru sahaja muncul dengan filem dokumentari, All Access to Rossa 25 Shining Years’ yang turut ditayangkan di pawagam Malaysia pada Oktober lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Aizuddin Ghazali, menyatakan rasa terujanya terhadap kolaborasi terbaharu ini.
“Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik.
“Ia secara tidak langsung turut membantu negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Rossa sebagai ikon seni yang disegani serta dihormati, dan kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau,” katanya.
Informasi lanjut berkenaan perkembangan terkini mengenai Konsert Rossa: Here I Am boleh diikuti menerusi akaun sosial media Rossa dan platform jualan tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.