Faizal Tahir Hidup Kerana Allah Bukan Manusia

Share

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mengakui bahawa dia pernah banyak kali berputus asa dalam industri muzik. 

Bagaimanapun, Faizal tenang menghadapi segala kecaman dari netizen sepanjang kariernya bergelar seorang artis. 

“Banyak kali pernah nak putus asa sehinggalah sekarang ini pun sama.

“Sebagai masnusia, kita tak pernah akan ada satu benda dalam jangka masa panjang, mislanya kita senang, tak selamanya senang.

“Kita akan rasa susah juga. Tapi susah, tak selamnaya susah. Jadi dalam dunia ini tak ada yang kekal,” kongsi pemilik lagu Bisa Aja. 

Kongsinya menerusi video Youtube Zayan My, Faizal sudah lali dengan kecaman netizen.

“Dalam kehidupan seharian kita pasti ada orang yang nak hentam kita. Mungkin sebab saya seorang selebriti, orang nampak. 

“Tapi secara logik akal, semua orang akan hentam apabila kita ada buat kesilapan.

“Orang memang mudah cari kesalahan dan gunakan kesalahan untuk menghentam kita. Tapi pada akhirnya, kita kembali pada Allah juga,” kongsinya jujur. 

“Kita baik sangat pun bukan sebab kita baik, tapi sebab Allah jaga aib kita. Benda-benda tak elok kita buat. Allah sayang kita dan Allah tutup aib kita. 

“Jadi hidup ini bukan untuk puaskan hati sesiapa. Tapi saya hidup untuk puaskan Pencipta iaitu Allah,” jelas Faizal. 

https://www.youtube.com/watch?v=hl2jenu_kAk

Published by
MH