Categories: Uncategorized

Faizal Tahir Rancang Puasa, Berhari Raya Di Luar Negara

Share

Penyanyi terkenal, Faizal Tahir, merancang untuk memberikan anak-anaknya pengalaman berpuasa dan berhari raya di luar negara.

Ujar Faizal, dia berbuat begitu kerana mahu anak-anaknya merasai apa yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

“Buat masa ini saya masih belum putuskan lokasinya, tapi mungkin di Makkah.

“Saya mahu mereka merasa bagaimana suasana berpuasa dan berhari raya di tempat orang. Ini untuk pengalaman mereka juga. Macam saya dulu pernah merasai semua itu, jadi sekarang giliran mereka pula,” kata bapa kepada enam cahaya mata ini.

Tambah Faizal, dia juga tidak melalui kesukaran untuk mengajar anak-anak berpuasa kerana mereka sudah mendapat pendedahan dan faham pengertian rukun Islam ketiga itu dari sekolah.

“Alhamdulillah, semua anak-anak saya bersekolah agama, jadi mereka sudah diberitahu dan diajar mengenai ibadah berpuasa.

“Jadi mereka dah tahu dan rela hati untuk berpuasa. Saya pun sudah biasakan mereka berpuasa dan berhari raya secara sederhana,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, sepanjang Ramadan ini, dia akan terlibat dengan aktiviti seperti Jom Masjid dan Bazaar Terima Kasih, memandangkan dia bergelar duta Skuad Terima Kasih 2017.

Selain Faizal, personaliti lain yang menjadi duta program TV3, TV9 dan Tonton itu adalah Ayda Jebat, Rezda Rosli, Elfira Loy, Aizat Amdan, Mira Filzah dan Zaquan Adha.

Bukan itu sahaja, Faizal bersama Aizat dipilih menyanyikan lagu tema Kempen Ramadan Raya TV3 dan TV9 2017 berjudul ‘Terima Kasih’.

Lagu ciptaan Aizat itu dihasilkan berdasarkan melodi asal single terkini beliau yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu berjudul Jangan Menangis.

“Saya dengan Aizat dah kenal hampir 10 tahun dan persahabatan kami semakin rapat sejak dua tahun lalu selepas sama-sama menyertai projek kemanusiaan.

“Jadi apabila ditawarkan untuk projek ini, saya gembira sangat kerana pertama kali kami berkolaborasi menghasilkan lagu kempen ini. Lagu ini menyelitkan mesej, mengajak kita untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur,” katanya.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

Published by
Izzati Ramli