Seorang anggota kumpulan UNIC, Fakhrul dilaporkan terlibat dalam kemalangan selepas motosikal yang dibawanya terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira jam 12 tengah hari khamis yang lalu.
Menurut laporan pelbagai portal berita tempatan kemalangan tersebut berlaku ketika Fakhrul dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga berkata, dia amat bersyukur kerana kes kemalangan itu tidak meragut nyawanya dan hanya mengalami patah tulang betis dibahagian kaki kanannya.
“Motosikal yang saya bawa itu terbabas kerana keadaan jalan kebetulan licin akibat hujan yang baru sahaja selepas turun. Ketika itu saya sudah selesai mengacarakan program Bismillah Ad-Dhuha untuk stesen Astro Oasis.
“Benda sudah hendak berlaku, saya cuma mampu reda sahaja namun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Hanya patah tulang betis, tangan terseliuh dan juga sedikit calar-balar di bahagian badan saya.
“Mujur kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kenderaan. Alhamdulillah saya okay, terima kasih kepada mereka yang bantu dan saya mohon peminat doakan supaya saya cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi sebuah media.
Menurut Fakhrul juga memberitahu bahawa dia masih belum lagi dapat memastikan keberangkatannya ke Tanah Suci untuk urusan menunaikan ibadah fardu haji kerana keadaannya pada ketika ini tidak mengizinkan.
“Kalau diikutkan saya akan berangkat menunaikan ibadah haji lagi dua minggu ini namun disebabkan keadaan saya begini, kena tunggu keputusan daripada doktor terlebih dahulu,” ujarnya lagi.
Fakhrul yang kini ditahan di Pusat Perubatan Kelana Jaya selepas mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital itu.
UNIC pernah mencipta sejarah apabila muncul menjuarai Gema Gegar Vaganza musim pertama.
Fakhrul mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Syahirah serta dikurniakan dua anak, Muqri dan Waffa.
Sumber : Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI