Video sensasi yang tersebar selepas kemenangan Haneesya Hanee cukup terkesan sehingga menyebabkan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik daripadanya.
Lalu ramai di kalangan penggiat seni tampil memberikan semangat buat gadis berusia 18 tahun itu.
Misalnya, Fasha Sandha yang menasihati Haneesya agar berhati-hati memilih kawan.
“Remember this quote.
“Fall 7 times,stand up 8. It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail.
“Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘sahabat’ sendiri.
“Video aib dirakam ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Berhati2 memilih kawan, tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita,”
katanya.Fasha yang memulakan karier lakonan sewaktu berusia 18 tahun turut berharap agar Haneesya tidak mengulangi kesalahan.
“Jangan diulangi kesalahan itu Hanee dan semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan.
“Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak.”
Dalam pada itu, netizen turut bersetuju dengan kata-kata semangat yang ditulis Fasha.
Foto : Instagram Fasha Sandha